Tips Pengantin : Apalah Erti Kahwin Kalau Tiada Kebahagian & Ketenangan

Spread the love

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam yang mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk dalam urusan perkahwinan.

Namun, apalah erti sebuah perkahwinan andai tiada kebahagiaan dan ketenangan padanya.

Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diasaskan dalam perkahwinan bagi mengecapi kebahagiaan. Antaranya:

 

Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah

Taqwa adalah suatu sifat yang sering diperkatakan, namun cukup kuat dalam segala urusan kehidupan kita. Ia adalah seperti alat perhubungan antara kita dengan Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula rupakan ibadat dan sunnah.

 


Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa ‘Mawaddah wa Rahmah’


Mawaddah bererti cinta manakala Rahmah bererti kasih sayang. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam sebuah perkahwinan. Tanpa kedua-dua perkara ini, sebuah perkahwinan itu seolaholah kosong dan meletakkan ia kepada suatu situasi yang merbahaya dibimbangi boleh membawa kepada perceraian.

 


Perkahwinan juga perlu berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab


Amanah dan tangungjawab juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam perkahwinan bukan kahwin untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/apalah-erti-kahwin-kalau-tiada-kebahagian-ketenangan-2/?fbclid=IwAR2-MOHTs3dShqpfSGLxV02MRJzoqQvonIxrg9Mw41z9XQKdhp8llDirNoc

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *