Tips Pengantin : Suami Kalau Nak Berpoligami Kena Adil Dalam Beri Nafkah Zahir Batin, Kasih Sayang Dan Agihan Masa,

Kedatangan Islam menyusun sistem perkahwinan termasuk poligami. Keharusan poligami itu diturunkan bersama beberapa kehendak dan aturan yang perlu dipenuhi suami. Isteri sedia ada dan bakal isteri tidak boleh diperlakukan sesuka hati menurut hawa nafsu suami semata-mata. Memetik tulisan pakar perundangan di negara ini, hasil kajian mendapati kebanyakan negara Islam membuat pembaharuan Undang-Undang Keluarga Islam mereka. Di Syria, pada 1953 menetapkan undang-undang suami yang ingin berpoligami mestilah membuktikan dia berkeupayaan dari segi kewangan untuk menyara isteri-isterinya…

Tips Pengantin : Dialah Kawan Gaduh, Teman Ketawa, Kalau Dah Tiada, Rindu Berganda

Alam rumahtangga ni mungkin bahagia pada awalnya, dan ada juga yang kekal sampai akhir. Banyak jugak kes yang kita sedia maklum banyak melibatkan penceraian dan pergaduhan antara pasangan, lebih-lebih lagi pasangan muda yang baru dua tiga tahun kahwin. Sebabnya mungkin dari sekecil-kecil hal sampailah ke sebesar-besar hal.   Akhirnya, anak jugak yang menjadi mangsa. Kalau jenis mak bapak yang berduit, mungkin takde masalah dari segi kewangan. Tapi rata-rata kebanyakannya merempat atau menerima masalah yang lain…

Tips Pengantin : Peliharalah Sifat Malu Biar Pun Terdesak Cari Jodoh, Tuhan Dah Tentukan Calon Terbaik

Hari ini kita dapati semakin ramai anak-anak gadis yang tiada lagi segan silu memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang menarik perhatiannya. Mereka tidak lagi terkongkong dengan kebimbangan digelar `perigi mencari timba’.   Apatah lagi jika timba yang dikejar adalah timba emas yang mahal harga serta tinggi nilaian komersilnya yang boleh menjanjikan jalan pintas kepada kesenangan material dan kedudukan sosial yang boleh dibanggakan. Berlakulah satu paradigma baharu dalam budaya masyarakat Timur di kalangan kita hari…

Tips Pengantin : Macamana Nak Cari Tudung Yang Sesuai Untuk Majlis Akad & Resepsi?

Penampilan seseorang hijabis apabila bergelar ratu sehari perlu dititikberatkan agarpenampilan anda sopan dan tidak terlalu menonjol. Pemakaian hijab yang betul dan sempurna juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda mematuhi syariat dan dalam pada masa yang sama tampak anggun dan menawan.   1. PEMILIHAN FABRIKSebaiknya pilih fabrik yang tidak berkilat untuk digayakan di hari bahagia anda seperti satin. Ia bersifat panas dan bakal membuatkan anda tidak berasa selesa pada tempoh yang lama. Fabrik…

Tips Pengantin : Jarak Bukan Penghalang Kongsi Majlis Pertunangan Dengan Keluarga

Baru-baru ini telah tular kisah pasangan muda yang mengadakan majlis pertunangan secara jarak jauh selepas beberapa gambar termasuk video dimuat naik di laman sosial.   Majlis pertunangan membabitkan aplikasi panggilan video Skype yang dipaparkan dikomputer riba dan disambungkan ke ‘monitor’ bagi paparan lebih jelas buat tetamu. Pemuda yang baru bertunang itu, Muhammad Idham Aisha, 27, berkata, persiapan majlis dibuat di kediaman keluarga perempuan, Nur Amirah Mohammad Noor, 25, di Bukit Rambai, Melaka pada Sabtu lalu.…

Posts navigation