Tips Pengantin : Tak Dapat Sedekah Pada Orang Lain Tak Pe, Tapi Pada Isteri Pun Boleh Aje.

Spread the love

Bersedekah itu amalan mulia. Malah ia adalah pemberian secara ikhlas hati kepada orang yang memerlukan.

Malah dengan sedekah juga adalah pembuka rezeki buat pemberi.

Bukan sahaja kepada orang lain, sedekah juga boleh diberi kepada isteri secara ikhlas hati. Ia adalah pemberian ikhlas semua kepada isteri.

Begitulah yang dipraktikkan oleh saudara Taufiq Razif kepada keluarga. Malah katanya ia salah satu cara untuk lebatkan rezeki sesebuah keluarga.

 

SEDEKAH KEPADA ISTERI LEBAT REZEKI

 

” Semoga Allah murahkan rezeki abang “

Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.

Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.

 

” Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat ”

Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :

” Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri ”

Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta.

” Nah duit sayang ”

” Eh kenapa abang? ”

” Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri ”

Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak. ” Semoga Allah murahkan rezeki abang ”

Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!

 

BESAR PAHALA SEDEKAH KEPADA KELUARGA

 

Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri.


p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami

 

Sumber : https://www.keluarga.my/tak-dapat-sedekah-pada-orang-lain-tak-pe-tapi-pada-isteri-pun-boleh-aje/?fbclid=IwAR0PTJP1SszyAMeuAbIr0-4l8OtICrYHl1YK4LiW4NppiMZPgv1O4tKW2Do

Post navigation