Tips Khas Buat Bakal Pengantin : Wanita Ini Kongsi Cara Amal Teknik ‘Goal Praying’ Untuk ‘Single’ Yang Sedang Berusaha Cari Jodoh

Spread the love

Buat yang masih belum berumah tangga, apabila diajukan tentang soal jodoh, memang sukar untuk diberikan jawapan. Sebenarnya sesiapa pun tidak tahu bilakah waktunya akan dipertemukan dengan si dia.
Namun itu bukan bermakna kita harus duduk diam berpeluk tubuh menanti jodoh datang
mendekat. Perlu ada usaha untuk mendapatkan jodoh.
Ikuti perkongsian Nordianah Bachok tentang bagaimana dia mengamalkan goal praying dalam usahanya mencari jodoh.

Saya dijemput berkongsi teknik goal praying bagaimana Allah menemukan jodoh saya dan suami. Master Trainer AGP, Ummu AzzatFilzati memang nakal.. 

1. Saya sangat teruja dengan kata-kata bahawa ‘DOA ITU SENJATA’. Saya apply dalam proses mencari jodoh. 

2. Dua tahun sebelum bertemu jodoh, saya akan kirimkan doa spesik kepada kenalan yang ke Mekah menunaikan haji atau umrah. 

3. Saya dan sahabat-sahabat mengamalkan doa daripada Ustaz di UM ketika ambil Sijil Usuluddin pada tahun 2009.
“Ya Allah kurniakan aku suami yang soleh, yang meminang aku, menikahi aku dan menjadi sahabatku di dunia dan di Syurga.” *boleh rujuk doa dalam bahasa arab. 

4. Saya gambarkan dengan jelas gambaran calon suami saya; bagaimana zikalnya (lebih tinggi dari
saya, tidak kurus tidak gempal, tenang mata dan hati memandang), soft spoken, sentiasa solat
jemaah di surau @ masjid, boleh menjadi imam solat saya & keluarga, rajin bantu isteri di rumah,
boleh berbincang dan meraikan pandangan isteri dan beberapa kriteria lain.
Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya 90% seperti yang saya gambarkan. 

5. Setahun sebelum bertemu jodoh saya amalkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada calon suami,
ibunya, ayahnya yang tidak saya kenali. Saya hadirkan rasa kehadiran mereka di Malaysia ini. Juga
buat ibu saya, ayah saya dan diri saya. Selepas kahwin saya rasa hubungan dengan suami dan
keluarga mertua sangat dekat. 

6. Doakan supaya Allah permudahkan urusan bakal calon suami (walau masih tidak tahu siapa)
contohnya jika dia hadapi masalah kewangan, agar Allah mudahkan rezekinya. Jika sakit Allah
sihatkan dia. 

7. Saya amalkan doa-doa dan bacaan al fatihah ini dalam waktu-waktu makbul doa antaranya; lepas
solat, waktu hujan, ketika musar, ketika waktu berbuka puasa dan lain-lain. 

8. Sentiasa solat taubat, hajat dan istikharah mohon Allah kurniakan jodoh yang terbaik. 

9. Minta ibu bapa, sahabat dan orang-orang soleh mendoakan kemudahan jodoh buat kita.

10. Always get connected to Allah…maksudnya sentiasa yakin Allah makbulkan doa kita.
*Inilah juga yang dinamakan Spiritual Marketing… usaha HATI 90%…usaha zikal sedikit jadi rasa tidak penat dan hasilnya memang yang TERBAIK sebab Allah yang hantar. Ia juga boleh diaplikasi untuk magnet rezeki, kerjaya dan apa pun urusan kehidupan.
Alhamdulillah Allah temukan jodoh saya dan suami pada 1 Disember 2012.


Sumber kredit: Nordianah Bachok


Diterbitkan dalam : https://www.kashoorga.com/wanita-ini-kongsi-cara-amal-teknik-goal-praying-untuk-single-yang-sedang-berusaha-cari-jodoh/?fbclid=IwAR2WFSkAj9z7fV

Post navigation