Tips Pengantin : Amalkan Doa Dari Surah Yusof Ini Kalau Nak Wajah Nampak Cantik Berseri & Awet Muda

Spread the love

Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.

Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

 

Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

 

Cara amalannya:

*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. 

*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

 

Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.

Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

 

Sumber : https://www.kashoorga.com/amalkan-doa-dari-surah-yusof-ini-kalau-nak-wajah-nampak-cantik-berseri-awet-muda/?fbclid=IwAR3F-Vz7iVMdckdVXaS8WmUSoJei_MB4rO9tIam59QMNhAOmCxVut0567OY 

Post navigation