Tips Pengantin : Jangan Bersedih, Ini 5 Kelebihan Apabila Anda Single

Spread the love

Jika anda masih keseorangan dan belum bertemu jodoh, jangan risau mungkin jodoh anda belum tiba lagi atau lambat sedikit. Banyakkan berdoa agar di permudahkan segala urusan pertemuan anda. Mana tahu satu hari nanti masa itu akan tiba, cuma cepat dan lambat sahaja.

Bila melihat orang lain berpasangan mesti anda akan berasa cemburu dan mahu kan juga kan? Tidak mengapa anda tahu apa yang terbaik untuk diri anda, jadi janganlah berasa ‘down’ di sebabkan perkara ini sehinggakan anda abai diri anda dan segalanya.

Teruskan berkenalan dengan seseorang sehingga dia sendiri yang mahu membawa anda berjumpa dengan keluargannya. Bukan kan itu lebih baik?. Jadi single anda boleh berkawan dengan sesiapa sahaja anda suka asalkan anda tahu batas pergaulan anda. Banyak kelebihan jadi orang single ni. Jom kita tengok.

 

1. Bebas kemana sahaja

Ya. Anda bebas kemana sahaja anda mahu pergi tanpa perlu memberitahu pasangan. Cuba bayangkan tiba-tiba anda memberitahu pasangan anda mahu ke korea? lihat reaksi mereka, pasti akan ‘meletup’ kalau tahu. Berbeza dengan orang yang single mereka bebas daripada perkara ini. Ke mana sahaja, tidak perlu memikirkan apa reaksi pasangan.

 

2. Banyak masa lapang

Jika anda masih bujang, anda mempunyai banyak masa lapang. Tidak perlu menghabiskan masa dan wang ringgit dengan orang lain hanya demi mempertahankan sebuah hubungan kerana anda boleh melakukan apa sahaja yang anda suka setiap kali anda mahu. Anda tidak perlu memberi masa kepada orang lain.

 

3. Lebih fokus pada kerjaya

Menjadi single telah memberikan anda banyak masa dan tenaga untuk anda fokus pada kerjaya. Anda tidak perlu berfikir mengenai hati dan perasaan orang lain. Kejarlah kerjaya dan impian anda dalam apa sahaja cara yang dimahukan dan tidak perlu mendapat persetujuan sesiapa.

 

4. Masa dengan rakan-rakan

Ini perkara yang sudah biasa, bila bercinta hubungan anda dengan rakan-rakan lain akan sedikit sebanyak berubah kerana anda akan lebih banyak luangkan masa bersama pasangan. Lama-kelamaan anda sudah tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Bagi orang single ini bukanlah satu isu langsung.

 

5. Belanja untuk diri sendiri sahaja

Yang ini sangat best sebab anda boleh beli bermacam-macam hanya untuk diri anda. Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk membeli barang untuk kekasih anda kerana ia boleh di ambil sebagai satu. Orang kata dah penat bekerja keras, bersusah payah, mesti anda nak juga reward untuk diri sendiri. 

 

Jadi fikir masak-masak sebelum anda memulakan hubungan dengan seseorang.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/jangan-bersedih-ini-5-kelebihan-apabila-anda-single/?fbclid=IwAR0zByN6eM6mQuWMmprrWWigpSBGwY_7IoDCHyLmMr34mouN4UGg4mm7Qv0 

Post navigation