Tips Pengantin : Cara Mudah Dapatkan Kulit Cantik Dengan Tomato

Spread the love

Memiliki kulit yang sihat dan gebu semestinya menjadi dambaan setiap yang bergelar wanita. Malah sebelum pergi ke mana – mana majlis atau perayaan, sudah pasti perkara pertama yang harus dijaga dulu adalah bahagian wajah.

 

Bukan itu saja, selepas seharian berjemur di bawah sinaran matahari akan membuat kulit mudah gelap dan kusam. Bila kulit wajah bertukar kusam, kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dan pastikan kulit sentiasa dalam keadaan yang bersih.

 

Tahukah anda, bagi mendapatkan kulit yang sihat anda boleh saja menggunakan dari bahan semulajadi seperti tomato. Tomato sememangnya berkesan dalam penjagaan kulit sejak dahulu lagi. Bahkan penggunaannya juga sudah terbukti bagi menghaluskan dan memberikan kelembutan pada kulit.

 

Ingin tahu bagaimana cara menjaga kulit kekal cantik dengan tomato? Anda boleh ikuti 2 cara mudah di bawah.

 

1. Gula dan tomato

i – Bersihkan wajah dengan menggunakan air suam.

ii – Potong tomato kepada 2 bahagian. 1 untuk diguna pada sebelah pagi dan separuh lagi untuk waktu malam.

iii – Tekapkan tomato tadi ke permukaan gula dan terus gosokkan ke wajah dan sental dengan perlahan. Jangan terlalu kuat sehingga luka pula.

iv – Biarkan selama 5 minit.

v – Setelah kering barulah boleh bilas menggunakan air bersih.

 

2. Tomato yang disejuk beku

i – Potongkan tomato kepada 2, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. 

ii – Jangan campurkan tomato tadi dengan barangan yang lain. 

iii – Setelah tomato beku, anda boleh keluarkannya dan gosokkan ke wajah sehingga tomato habis semua seratnya.

iv – Kemudian bilas wajah anda dengan air yang bersih dan tuala kering.

v -Amalkan setiap waktu pagi dan juga malam.

 

3. Tomato asli tanpa sebarang campuran

i – Pastikan anda memilih tomato yang agak masak dan mudah untuk dilenyek sehingga halus.

ii – Sapukan pada seluruh wajah sehingga rata.

iii – Biarkan selama 15 hingga 20 minit.

iv – Kemudian bilas dengan air yang bersih.

v – Keringkan wajah dengan tuala yang kering dan bersih.

vi – Amalkan sebanyak 2 kali seminggu dan anda akan melihat keberkesanannya pada kulit anda.

vii – Jika inginkan kulit yang cantik dan sihat, kita haruslah rajin merawatnya setiap hari.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/cara-mudah-dapatkan-kulit-cantik-dengan-tomato/?fbclid=IwAR0795m6XvDrT16ents-Y9kc5LdVUSDzLLTgQlLz1KR8Zgx7NI0odNc53mU 

Post navigation