Tips Pengantin : “Inilah Hadiah Paling Bermanfaat Saya Pernah Beri Pada Isteri…”

Spread the love

Perkahwinan adalah sesuatu yang diimpikan oleh golongan dewasa dan masing-masing mempunyai matlamat perkahwinan yang baik sama ada untuk hidup bahagia selamanya, melahirkan generasi yang baik dan lain-lain. Sememangnya melalui perkahwinan kita boleh hidup bahagia sehingga akhir hayat walaupun akan ada ujian dan cabarannya.

Salah satu cara untuk kekalkan bahagia ialah saling hormat menghormati dan bertimbang rasa dan menyelesaikan masalah keluarga yang berlaku dengan cara yang berhikmah dan bukan mengikut emosi amarah dan bukan dengan cara yang negatif.

Masalah biasanya akan wujud dalam kehidupan berumah tangga tetapi cara menghadapi dan cara penyelesaian yang baik oleh suami isteri itu sebenarnya boleh menjadikan masalah itu sebagai perisa tambahan dalam kebahagiaan.

Lelaki ini kongsi, inilah hadiah yang paling bermanfaat buat isteri. Selain menggembirakan isteri, boleh juga bantu ringankan kerja rumah isteri.

 

“INILAH HADIAH PALING BERMANFAAT SAYA PERNAH BERI PADA
ISTERI.”

Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masalah dalam rumah.

 

Antaranya,

1 – Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.
2 – Kerja jadi mudah. Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.
3 – Baju tak berhabuk. Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.
4 – Kurang risiko kena bulu kucing. Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju. Kalau kucing jantan lagi bahaya, dia main pancut je kat ampaian tu.
5 – Privasi pakaian terjaga. Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ. Selamat dari fitnah juga.
6 – Isteri tak payah risau tentang aurat. Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.

 

Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.

Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/inilah-hadiah-paling-bermanfaat-saya-pernah-beri-pada-isteri/?fbclid=IwAR3BNRf7wAWhxVYafgUicnYcRGgKgOdtVWcTvOp-WVoOj2yaNdrznteo444

Post navigation