Tips Pengantin : Isteri Cuma Nak Meluahkan, Suami Cuba Fahami Dan Janganlah Cepat Kecil Hati

Spread the love

Keluhan isteri memang banyak, tapi itu lumrah bila sudah berumahtangga. Perlu saling memahami dan melengakapi. Sebagai suami anda perlu tahu apa yang tersirat dihatinya. Cuba ikuti apa keluhan isteri yang dia ingin anda tahu.

 

Isteri cuma nak kita tahu yang…

Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan takde tenaga, bukan merungut tapi ‘penat’ yang dikatakan itu adalah sebagai isyarat untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya… nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yg patut…

 

Isteri cuma nak kita tahu yang…

Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yg diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri… tapi dia nak kita faham, klu dia tak nak dduk lama dirumah mertuanya itu kenapa… kalau dia kurang berbicara dalam group keluarga itu kenapa… kalau dia kurang mesra dengan keluarga kita itu kenapa… dia nak kita faham yang dia dah cuba buat macam yang kita nak, tapi diorang masih menganggap dia sebagai orang luar… orang asing…

 

Isteri cuma nak kita tahu yang…

Bila dia mengungkit setiap duit yang dia keluarkan, setiap pertolongan yang dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu… dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab… jangan menyalahgunakan pertolongan itu untuk kepentingan diri dan jangan terlalu selesa bila ditolong…

 

Isteri cuma nak kita tahu yang…

Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kpd kita, itu bukanlah tandanya yg kita ni jahat sangat, teruk sangat, buruk sangat… tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sebab dia tahu, kita mampu jadi lebih baik daripada apa yang kita jadi sekarang ni… dia masih berharap kepada kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah…

Itu ja yang isteri nak kita tahu sebab musabab disebalik setiap apa yang dia lakukan, tindakan yang dia ambil dan keputusan yang dia buat…

 

Sumber : Firdaus Shakirin

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/isteri-cuma-nak-meluahkan-suami-cuba-fahami-dan-janganlah-cepat-kecil-hati/?fbclid=IwAR3mE3hZI209cAF5DPGqS1yoehrjIiwoNdTnpeWJo0Wj4Oz4i2BppuR-ZUE

Post navigation