Tips Pengantin : Isteri Sukar Mengandung Jangan Dihina, Suami Sokonglah

Spread the love

Antara faktor-faktor seseorang wanita lambat mengandung ialah:

 

1. Mementingkan Perancangan Keluarga

Kebanyakan wanita menangguhkan untuk mengandung kerana mementingkan kerjaya terlebih dahulu berbanding keluarga. Apabila umur menginjak ke usia 30-40 tahun ini akan menyukarkan wanita untuk mengandung lebih-lebih lagi apabila umur meningkat 45 tahun, kemungkinan untuk mengandung adalah tipis.

Semakin tua usia seseorang wanita, maka jumlah sel telurnya juga akan berkurangan dan terjadi penurunan hubungan intim. Tubuh wanita tidak dirancang evolusi untuk hamil dengan mudah seperti ketika mereka berada di usia 20-an tahun,” kata Mousa Shamonki , MD , pengarah pakar kesuburan di University of California.

 

2. Jumlah Telur Yang Sedikit

Kesuburan tidak bergantung pada wanita saja, tetapi juga pada sperma lelaki. Jumlah sperma yang rendah atau kurang daripada 20 juta sperma per mililiter air mani sangat kurang untuk menyuburkan sel telur. Menurut Mayo Clinic, ejakulasi normal harus mengandungi sekurangkurangnya 39 juta sperma.

Seorang wanita tetap boleh hamil walaupun jumlah sperma yang dikeluarkan oleh suaminya terlalu sedikit, tetapi akan memerlukan masa yang lama. Anda boleh merujuk mengenai masalah rendahnya pengeluaran sperma tersebut kepada doktor.

 

3. Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.

Keseimbangan hormon amat penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum).

Kadangkala sesetengah wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon. Selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel).

Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.

 

4. Tiub Fallopian Yang Tersumbat Menyebabkan Ketidaksuburan.

Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama).

Sebab lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah melekat di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic atau kandungan luar rahim).

Anda harus mendapatkan nasihat doktor berkaitan masalah ini dan mungkin boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.

 

5. Endometriosis.

Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini mungkin berlaku kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku.

Secara tidak langsung, berlaku radang/inflamasi setempat di mana organ berdekatan
abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenal pasti puncanya.

 

6. Antibodi Menyerang Sel Gamet (telur).

Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut.

Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku.
Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

 

7. Masalah Pada Rahim.

Keadaan rahim bicornuate di mana ada dua ruang membentuk seakan-akan tanduk seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear atau bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit di bahagian atas rahim.

Keadaaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid ialah ketumbuhan yang seringkali terjadi pada wanita, ia boleh membesar dan menyebabkan sakit semasa haid.

Tetapi, ketumbuhannya di dalam rahim bukan mendatangkan kanser. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/isteri-sukar-mengandung-jangan-dihina-suami-sokonglah/?fbclid=IwAR39zVYRV-kkiDc9FxHiiR_kzjydXJNugNUtt99H1AtZQTDfAwkKo58HUCA

Post navigation