Tips Pengantin : Berkat Suami Minta Kucing Berdoa, Akhirnya Isteri Disahkan Hamil !

Spread the love

Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.

Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.

Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.

Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.

Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.

Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.

Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.

 

“SETIAP KALI BERI MAKAN PADA KUCING, SUAMI AKAN CAKAP DENGAN KUCING MINTA DOAKAN SUPAYA KAMI JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT. MEMANG ITULAH SATU-SATUNYA PERKARA DIA AKAN KATA PADA KUCING”

 

Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti. Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/berkat-suami-minta-kucing-berdoa-akhirnya-isteri-disahkan-hamil/?fbclid=IwAR1lGTrtq0yx0m-Dccfppt2ZrFlFEYrE_aLfzDcDgLvok34Jh-mDSCUfaLM

Post navigation