Tips Pengantin : Bintik Putih Bawah Mata Simptom Badan Sarat Kolesterol, Bakal Pengantin Sila Jaga Kesihatan

Spread the love

Bila ada bintik putih bawah mata rasa macam nak picit je! Haa itu bukannya jerawat ye seperti yang ada sangkakan tapi ia adalah biji kolesterol atau lebih dikenali sebagai milia seeds .

Walaupun dah guna pelbagai produk, masih tidak hilang? Haa jangan risau buat para wanita di luar sana kerana Donna akan kongsikan pada anda cara mudah untuk hilangkannya.Sebelum tu, anda perlu tahu bahawa biji kolesterol adalah lebihan lemak yang muncul pada

kulit dan ramai yang menganggap bahawa biji kolesterol hanya dialami oleh golongan berusia tetapi kanak-kanak juga boleh mengalaminya dan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki.

 

Cara Mengukur Kadar Kolestrol :

Normal – jika kolestrol kurang atau sama dengan 200 mg/dL
Sederhana tinggi – kolestrol 200 mg/dL hingga 239 mg/dL
Berbahaya – kolestrol 240 mg/dL

 

Tips Atasi Biji Kolesterol

Kurangkan pengambilan daging, majerin dan dessert yang terlalu manis kerana ia dalam kumpulan makanan yang mempunyai kolestrol tidak baik iaitu LDL. Cukup sekadar dalam kuantiti yang kecil untuk anda makan makanan bergoreng serta berlemak tinggi.

Tingkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan kerana ia mengandungi fiber yang tinggi. Amalkan minum jus buah tanpa campuran gula agar membantu menstabilkan semula bacaan kolesterol pada badan anda.

Trick Omega 3. Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, telur mampu membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.

Lebihkan bawang putih dalam masakan anda kerana ia bertindak sebagai anti radang dan antibiotik semula jadi.

Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah kolesterol yang tinggi kerana ia
mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/bintik-putih-bawah-mata-simptom-badan-sarat-kolesterol-bakal-pengantin-sila-jaga-kesihatan/?fbclid=IwAR2gu_PV7m9pXMb2_cqOyQ9O7m4viO0OrYKydHuWUKqWQNOpZOwA426W9B4

Post navigation