Tips Pengantin : Wanita Rendah Sebenarnya Lebih Senang Cari Pasangan

Spread the love

Ramai lelaki diluar sana suka pada wanita yang bertubuh genit atau rendah. Jadi buat anda
yang boleh dikatakan kecil dan comel ni, jom lihat sebab utama lelaki suka pada wanita yang
lebih rendah.

 

1. Tetap comel
Tak dinafikan wanita rendah ini comel dan kelihatan awet muda. Walaupun umur dah masuk 30an tetap nampak seperti sweet 18.

2. Mudah nak pilih pakaian
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh ‘shopping’ kat area pakaian kanak-kanak (yang ni kena ambil saiz kanak-kanak yang paling besar).

3. Kekal dengan pasangan
Kajian mengatakan orang rendah ni akan setia pada cintanya.


4. Jimat masa
Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?


5. Boleh pakai kasut tumit tinggi
Wanita yang tinggi tidak digalakkan pakai ‘high heels’? sebab nanti terlebih tinggi dari suami pula kan. Perempuan rendah tak ada masalah, boleh pakai ‘high heels’ dengan yakinnya.


6. Senang nak dukung
Mereka ni ringan, jadi kalau dia merajuk suami boleh terus dukung saja.


7. Sangat ‘awesome’ untuk dipeluk
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. Dan mereka ni pun sentiasa rasa selamat sebab seolah-olah dilindungi bila kedudukannya paras-paras ketiak suami sahaja.


8. Selera besar
Rata-rata wanita kecil ni tak makan banyak. Selera je besar, jadi pasangan kena ‘standby’ la perabiskan makanan yang ada.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/wanita-rendah-sebenarnya-lebih-senang-cari-pasangan/?fbclid=IwAR1l12t8LhUX-XOiuId74C22gsJp31kG9Hdi4VZd5JpNU9iUWB86usPZHkQ

Post navigation