Tips Pengantin : Buat Pengantin Baru Nak Pindah Rumah Sendiri, Gunakan Pencuci Lantai Dari Kulit Oren. Jimat Dan Wangi

Memang ramai yang sensitif dengan kebanyakan agen pencuci yang terlalu ‘kuat’ terutamanya anak kecil. Kalau tak kena gaya, ada yang boleh rosakkan kulit, buat kita rasa gatal-gatal dan rasa tak selesa bila dihidu. Ini kerana sesetengah produk pencuci komersial mengandungi bahan kimia tertentu yang mungkin tak serasi dengan kulit anda. Jika ini berlaku kepada anda atau salah seorang ahli keluarga anda, mungkin anda boleh cuba membuat sendiri pencuci serbaguna semulajadi yang bebas bahan kimia.  Apa…

Tips Pengantin : Baru Bertunang, Bukan Lesen Boleh BerduaDuaan Dan Berpegang Tangan

Apakah dalam pertunangan ada batas yang perlu dipelihara? Hubungan tali pertunangan bukan satu cara untuk menghalalkan sesuatu yang asalnya haram. Satu-satunya akad yang mampu menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan adalah akad perkahwinan. Jika perkahwinan menepati syarat dan rukunnya, maka hubungan lelaki dan perempuan menjadi halal tanpa sebarang batasan kecuali liwat.   Dalam isu ini, ramai dalam kalangan ibu bapa, anak muda tidak memahami hukum dan falsafah pensyariatan pertunangan. Mereka beranggapan menerusi majlis pertunangan mereka sudah halal untuk berpegangan…

Tips Pengantin : Amalan Semasa Pindah Rumah Baru Mengikut Cara Islam

Samada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat terutamanya buat pasangan yang baru berkahwin dan tinggal sendiri.   1. AZAN Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus…

Tips Pengantin : Rumah Tangga Itu Adalah Laluan Untuk Ke Syurga

Sebuah perkahwinan adalah jalan untuk kita tenteram. Jalan untuk sepasang suami isteri mencari ketenangan. Namun banyak berlaku hari ini bila suami isteri menjadikan rumahtangga cuma sebagai tempat melepaskan keinginan fitrah. Soal tanggungjawab hilang dan dibiarkan. “Apa tujuan berkahwin?”   1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak. Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa…

Tips Pengantin : Pilihan Baju Nikah & Mekap Simple Tapi Evergreen Untuk Bakal Pengantin

Penyediaan untuk majlis pernikahan tidak boleh dipandang remeh agar majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara persediaan yang harus dititikberatkan termasuklah pemilihan pakaian pengantin buat bakal raja sehari. Busana pengantin yang tampak anggun lagi menawan adalah impian buat mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Terdapat ribuan rekaan yang berbeza mengikut cita rasa dan tema yang diidamkan. Tema yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu termasuklah tema Bollywood di mana pasangan mempelai akan menggayakan pakaian sari bagi…

Posts navigation