Tips Pengantin : Bakal Pengantin Ambil Tahu Soalan-Soalan Bakal Ditanya Semasa Akad Nikah

Spread the love

Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari bahagia nanti, bakal pengantin perlulah bersedia dan ambil tahu apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh tok kadi. Jangan pula nanti gugup dan menjadikan diri tidak tenang bila tiada persediaan diri. Antara contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan adalah seperti berikut;

 

1) Mengucap dua kalimah syahadah

Rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.

 

2) Istighfar

Kenapa kita kena sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka pebanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.

 

3) Surah Al-Fatihah

Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika kita tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat kita ingin menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.

 

4) Rukun Iman

Beriman kepada Allah S.W.T
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada kitab-kitab suci
Beriman kepada para Rasul
Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar

 

5) Rukun Islam

Mengucapkan dua kalimah syahadah
Mendirikan solat fardhu 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan zakat
Menunaikan haji bagi yang mampu

 

6) Doa Qunut

Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.

 

7) Hadas Besar

Pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).

Soalan-soalan akad nikah bergantung kepada kehendak tok kadi tersebut dan tiada dalam syarat rukun nikah. Walaubagaimanapun ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh umat Islam.

Sumber: https://www.kahwinlife.com

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/bakal-pengantin-ambil-tahu-soalan-soalan-bakal-ditanya-semasa-akad-nikah/?fbclid=IwAR2jfb6oqNHpS-iatWVcpgVaLy-f0-2CoI-6fWDKcFxlyhvLPhcMA3Ue1kI

Post navigation