Tips Pengantin : Hanya Sebut Tiga Perkataan Ini, Dari Bergaduh Teruk Boleh Tambah Anak Sorang Lagi

Spread the love

Memiliki rumah tangga yang sakinah mawadah warahmah merupakan dambaan bagi siapa saja yang telah berkahwin, tetapi kita selalu mengalami kesukaran bagaimana
untuk menterjemahkannya dalam kehidupan seharian kita.

Ketika berinteraksi dengan pasangan kita, biasakanlah menggunakan 3 ayat ini, yakni Minta Tolong, Minta Maaf dan Terima kasih.

 

1. Minta Tolong
Biasakan diri untuk menggunakan ayat “minta tolong” ketika suami menyuruh isteri atau sebaliknya seorang isteri menyuruh suami untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Nampak macam biasa sahaja tetapi ayat “minta tolong” akan memberikan pengaruh yang besar terhadap komunikasi antara suami isteri. 

Ayat “minta tolong” menunjukkan bahawa ada penghargaan yang sangat tinggi terhadap pasangan kita, sehingga rasa direndahkan tidak akan timbul pada pemikiran pasangan kita.

Yang muncul adalah rasa saling melengkapi, kerana suami isteri adalah teman hidup
sepanjangan kehidupan kita.

 

2. Terima kasih
Biasakan memberikan ucapan “terima kasih” kepada pasangan kita apabila pasangan kita telah melakukan sesuatu yang kita anggap sangat bermanfaat bagi kita. Ucapan “terima kasih” juga digunakan sebagai satu pelengkap kepada ayat “minta tolong” kepada pasangan kita.

Jangan pernah jemu atau bosan ucapkan kata “terima kasih” untuk pelbagai urusan antara kita dan pasangan.

Contohnya : “Terima kasih Sayang sudi membukakan pintu” ucap suami, kemudian dibalas oleh Isteri “Terima kasih sayang kerana membelikan barang yang diminta”.

 

3. Minta Maaf
Biasakan untuk menggunakan ayat “minta maaf” apabila terjadi perselisihan dengan
pasangan kita yang mengakibatkan terjadinya pertengkaran.

Kata “minta maaf” tidak sesekali pernah merendahkan si pengucapnya, sebaliknya akan menjadi penyejuk ketika hubungan dengan pasangan kita sedang tegang.

Jangan biarkan apabila ada masalah dalam keluarga dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian sehingga mengakibatkan pertengkaran dan tidak bertegur sapa.

Apabila ketiga-tiga ayat tersebut menghiasi kehidupan seharian kita berumah tangga, maka yakinlah akan terlahir sebuah rumah tangga yang sakinah, mawadah dan warahmah.

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/hanya-sebut-tiga-perkataan-ini-dari-bergaduh-teruk-boleh-tambah-anak-sorang-lagi/?fbclid=IwAR0dG_NXatAfbswg2D8VQO4Fy_nOsD7VfUcvreiZncAbpzjg-x3KmfkZYCE

Post navigation