Tips Pengantin : Nafkah Zahir Perfect, Nafkah Batin Pula Problem, Suami Janganlah Macam-Macam

Spread the love

Seorang suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin seperti makan minum, penginapan, pakaian, kebajikan, keselamatan, pengetahuan agama, hukum hakam dan keperluan seksual.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu sebagaimana saja yang kamu kehendaki”.

Selain itu hak terhadap nafkah batin atau seks bagi seorang isteri ini adalah wajib ditunaikan suami. Allah SWT menyebut dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: “Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang makruf.”

 

Malah, antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan intim antara suami isteri.

Sekiranya, seorang isteri itu berkeinginan kepada nafkah batin maka wajiblah ditunaikan oleh suami melainkan suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal memberikannya.

Jika suami gagal untuk memberi nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri.

Sila kenal pasti masalah suami, khususnya dari segi kemampuan menjalankan kewajipannya.

Sekiranya suami didapati mempunyai masalah atau penyakit maka wajarlah puan memujuk
suami dengan cara berbincang untuk mendapatkan apa-apa rawatan perubatan moden atau
alternatif untuk memulihkannya.
Masalah suami enggan beri nafkah batin ini gagal diselesaikan menerusi perbincangan
bersama suami, pembabitan keluarga perlu. Sebaiknya pilihlah daripada kalangan ahli
keluarga yang rapat dengan suami.
Namun, beritahu ibu bapa suami, adik-beradik suami mengenai masalah puan. Ia bukanlah bertujuan bagi mengaibkan suami puan, tetapi hanyalah ikhtiar untuk menyelesaikan masalah itu.

 

Akhirnya, jika segala usaha di atas menemui kegagalan, anda perlu membuat keputusan.


Jika anda merasakan tidak mampu lagi bertahan dengan ketiadaan nafkah batin itu serta enggan meneruskan perkahwinan, anda boleh membubarkan perkahwinan dengan perceraian secara baik atau fasakh.


Masalah ini salah satu alasan fasakh yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam bagi Negeri Selangor iaitu di bawah Seksyen 53 (1) (d) iaitu: “Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara’ adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun”.

 

Namun, sebelum mengambil langkah terakhir itu, pelihara pesona kecantikan dan kejelitaan kurniaan Ilahi kepada puan serta berusahalah mencari persefahaman dalam berkomunikasi mengenai perihal intim demi memulihkan semula perasaan cinta antara puan dengan suami, insya-Allah cinta anda akan bertaut kembali. 

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/nafkah-zahir-perfect-nafkah-batin-pula-problem-suami-janganlah-macam-macam/?fbclid=IwAR07DjCaRzoE55pozzlzZVS5SJPo2lzYt95PCTg31-54BF0lJokukmuW73E

Post navigation