Tips Pengantin : Kasih Isteri Itu Pemberian, Sayang Isteri Itu Perhatian

Spread the love

Seorang isteri,

Dia melakukan apa saja tugas terhadap suami dan rumahtangganya sendiri, adalah dengan kasih sayang.

Kasih itu pemberiannya.

Sayang itu perhatiannya.

Maka, kalau kasih sayang itu sudah tidak ada, semuanya akan menjadi beban. Bagi orang perempuan, beban lain mereka mampu untuk hadap dan pikul, tapi beban perasaan ni, paling berat dan tak mampu mereka tahan.

Sebab itu, seorang isteri dia boleh berkata dalam keadaan dibawah. Sedangkan, bila ditenangkan, dia sendiri menangis dab bertanya semula.

“Kenapa saya berkata begini ustaz?”

Sebab tu puan, banyak kali saya sebut. Kesalahan suami ni di doakan pada Tuhan. Sebab apa? Sebab kalau kita doa pada Tuhan, kita terbeban.

Kalau kita tak doa, kita akan hanyut dan hilang terus kena telan.

Lagi teruk, segala puruk dan teruknya perasaan dipandu syaitan dan mulalah kita akan meroyan.

Allah mengajar para isteri doakan kesalahan suami pada Tuhan, kerana Allah saja akan didik suami. Allah saja akan ajarkan suami yang ego dan meninggi diri ini. Allah Maha berkuasa membolak-balikkan hati suami yang kering dan gersang ini.

Puan, sekalipun kita terpaksa menjadi seorang isteri, tapi biarlah terpaksa itu kerana Tuhan.

InsyaAllah, ia akan bertahan.

Buat kerana Tuhan, sekalipun suami tak endah dan ambil perhatian, Tuhan terus memperhatikan dan berikan kekuatan.

Malah, puan akan mendapat syurga Allah iaitu tenang.

Tenang itulah bahagia puan.

Bila puan bahagia, anak-anak juga akan merasakannya.

Moga puan terus kuat dan memahami, hidup ini bukan lagi tentang suami, tapi tentang Allah dan bagaimana kasih sayang Allah ada dalam saat di uji dan disakiti.


Nukilan Abu Hurairah Asifa via facebook rahsia perkahwinan

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/kasih-isteri-itu-pemberian-sayang-isteri-itu-perhatian/?fbclid=IwAR1LV-zuRo2PzYhe6W63xw8dUNpzrSKpoFsPJtpFDfrVn1B4MXZw4FS4rXY

Post navigation