Tips Pengantin : Jangan Ingat Kahwin Tu Macam Drama Pukul 7. Sweet Memanjang! Kongsi Lelaki Ini

Spread the love

Sebelum kahwin semuanya indah. Kentut depan-depan pon wangi. Lepas kahwin, dia kata kentut kita bau telur tembelang. Kalau boleh dia suruh kita kentut jauh jauh sebab takut pengsan.Bukanlah semua pasangan begini. Mungkin ada segelintir. Realitinya, lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi apa yang terjadi selepas kahwin.

Sebelum Kahwin:

Alaa baby lapar nak cendol ye? Alala. Jom petang ni kita pergi makan. *pujuk*

 

Selepas Kahwin:

Tak dapat cendol pun nak merajuk? Cuba la matang sikit. Cendol tu dah la manis. Karang kena kencing manis banyak pulak nak pakai duit. Perangai macam budak-budak je.

 

Lelaki ni bila dah kahwin mana nak sweet macam masa bercinta dah. Masa mula-mula kahwin ye la kot. Bila dah lama, mula la dia malas nak melayan perangai keanak-anakan kau tu.

Jangan kau ingat lelaki yang suka layan perangai manja kau tu masa bercinta, dia akan buat yang sama selepas kahwin. Mungkin dia akan layan jugak la sikit-sikit lepas kahwin. Tapi kalau dah mengada melebih memang dia buat derkkk jeee.

Masa bercinta tak duk sebumbung lagi. Tu boleh layan karenah manja kau bila masa dating tu.

 

Kalau dah duduk sebumbung nanti, suami kau malas nak layan karenah manja kau 24 jam.

Dengan penat kerja lagi. Haaa.. mereputlah nak melayan kehendak kau sorang je.

Banyak lagi tanggungjawab dia. Nak cari rezeki untuk kau dan anak-anak.

Bila dah kahwin kau kena lebih matang dan kena lebih tabah. Dengan ada anak lagi. Kalau asyik nak suami kau layan perangai kau je, setiap hari kau tidur dengan air mata la jawabnya.

Tapi jangan kau ingat dia tak sayang kau kalau dia tak layan perangai manja kau tu. Mungkin dia rimas atau malas nak layan sangat. Takut melebih-lebih pulak jadinya.

Nanti kalau suami kau dah tak layan manja kau tu kau tapayana ngada-ngada pergi mengadu dekat KRT la, up status FB la kata suami kau dah berubah. Kau tu kena patut berubah sikit.

Kau jangan ingat kehidupan berumah tangga macam drama pukul 7 tu. Asyik nak sweet je memanjang. Kau kena belajar terima realiti kehidupan yang sebenarnya. Kah!

[ASY]
#AmirSyahir

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/jangan-ingat-kahwin-tu-macam-drama-pukul-7-sweet-memanjang-kongsi-lelaki-ini/?fbclid=IwAR3L3hRNLe2OQa6DgWxLj6QsLafhDgbi7F-CcFyjHXGO-WS38q2yfBwBedA

Post navigation