Tips Pengantin : Lelaki Ini Kongsi Cabaran Mengahwini Seorang Jururawat

Spread the love

“CABARAN MENGAHWINI SEORANG JURURAWAT”

 

Bertolak ansur dan saling memahami antara kunci yang perlu ade bile ditakdirkan jodoh kita seorang nurse..

Pada pengalaman saya mula2 kahwin cabaranya tak ada la besar sangat.. paling besar pun rasa PJJ je la..tidur dalam kereta..tido surau petronas.. itu benda biasa.. yang paling sedih masa isteri balik dari teluk intan ke klang..masa tu dia kerja di hospital klang..sedih sbb dia keguguran masa nk sampai kl..tak ada rezeki dpt anak awal..lepas pada tu alhamdulillah isteri dpt tukar hosital teluk intan..setahun kmudian baru la dpt cahaya mata yg pertama..antara cabaran yang lain saya nak kongsi:-

 

1.bila dah ada anak kecil, isteri kerja shif malam..yang ni sgt mencabar buat permulaan.. dulu 3 mlm.. sekarang dah pinda jadi 2 mlm je.. rasa lega la sikit.. suami kena bangun untuk buat susu anak 2 hingga 3 kali semalam.. pengalaman b’harga masa anak pertama tepaksa tidur dekat surau dalam wad sebab anak tak nak minum susu botol..terpaksa la uminya buat dua keje.. kehulu ke hilir.. start pada tu ajar ank tdo pakai buai..anak kdua pulak uminya terpaksa balik dari hospital time keje.. nasib la sister baik hati bagi…so jalan terbaik sebelum isteri start balik kerja lepas cuti 3 bulan, makesure training dulu tidurkan anak tanpa bantuan isteri..ajar guna botol susu awal2..(guna susu ibu ye…??lagi bab mencabar nak manage susu )

 

2. Kadang-kadang isteri jururawat ini dia mahukan perhatian suami untuk meluahkan perasaan dia apa yang berlaku di tempat kerjanya..kita sebagai seorang lelaki yang bernama suami kena jadi pendengar yang baik..walaupun kadangkala, ianya mungkin benda kecil… bukan masalah pesakit je dia akan cerita..masalah relatif lebih pada pesakit, masalah kawan,masalah dekat wad, masalah sister, matron, doktor, pengarah pun termasuk skali.. sebagai suami dengar je la.. jangan buat tak layan..lagi bertambah tension dia.. bukan apa, dia sekadar meluahkan je.. dengan cara tu je boleh buat hilang moody dia.. tapi ingat jangan sampai membawang sudah..???

 

3. cuti tak sama.. contoh kalau kita cuti sabtu ahad..memang jarang isteri akan cuti skali.. kalau kita nak cuti sekali, pastikan kita beritahu awal sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.. tu pun kalau tak ramai yang minta cuti..isteri pun kena faham jugak dgn kawan-kawan dia yang lain.. jangan asyik dia je yang cuti..asal hujung minggu je dia yang cuti..asal cuti hujung minggu je mesti dia.. makesure bagitahu awal-awal , sebab jadual nurse keluar 2 minggu sekali.. sebagai suami kenalah faham.. jadi hujung minggu pun korang kena kerja jaga anak.. dah jodoh dengan nurse kan.. hihi

 

4. cuti time hari raya.. samada raya puasa atau raya haji.. kalau hari raya pertama isteri kerja pagi, kenalah hantar anak2 ke rumah saudara mara kita yang berdekatan supaya dapat sembahyang raya..Kalau jauh dari keluarga, suami kenalah jaga anak..takkan la suami dgn anak2 nak balik kampung..kesian la dekat isteri.. memang ikutkan suami nak bersama keluarga..kalau jarak kampung dekat mungkin tak ada masalah nak pergi balik.. ni situasi kalau kampung jauh…tahun ni alhamdulillah pengasuh jga anak..alhamdulillah syukur sangat dapat pengasuh yang baik hati..yang sangat memahami..

 

5.. Selalu ada isu negatif yg diviralkan oleh pihak tidak bertanggugjawab pasal jururawat..pantang ade silap sikit, terus nak viral.. Itulah yg sering perlu kita ingatkan pd isteri dan berikan dorongan supaya jgn rasa kecewa, marah atau geram; dan sentiasa bersabar. 

Anggaplah itu sebagai asam garam dlm kehidupan seorg jururawat.. biarlah mereka jd keyboard warrior.. sebab mereka ta merasa.. klau ikutkan tahun ni sahaja dah berapa ramai nurse dan doktor yang maut lepas balik kerja demi menunaikan amanah.. yang baik org tak nampak.. yang tahu viral, maki, bla bla bla..

 

6. isteri balik lewat..yg ni suami kena faham waktu bekerja seorang jururawat..dia tak kan sesekali balik ontime..kalau balik ontime memang tak ada pesakit sangat la tu dekat wad.. tapi kebiasaannya jarang.. sebulan skali pun susah.. kalau isteri pergi kerja sendiri tak ada masalah.. kalau suami perg hantar makesure tanya dulu nak sampai hospital pukul berapa.. kalau tak jenuh menunggu.. tambah-tambah lagi kalau ade kes pesakit meninggal time nak balik..nak tulis report lg.. nak pass over lg..kena dapat kawan yang tak membantu alamatnya dengar la cerita terbaru nanti.. hihi.. kalau yg mengandung pula, dalam bujet 2018 najib cakap boleh balik awal satu jam.. haha.. tak ada maknanya untuk nurse.. tambah satu jam lagi ada la..kalau boleh tak payah claim ot tak apa.. ikhlaskan diri je… biar jadi saham dekat akhirat.. tampung balik takut ade curi tulang ke.. terbuat balik harta hospital ke.. halal kan je la..

 

7.kesihatan.. yang ni paling kena jaga skali..terutamanya isteri dgn anak-anak time balik kerja..terutamanya bila isteri jaga pesakit yg banyak kuman..yang bru lepas kemo.. terutama kuman yg berbahaya..anak-anak biasa lepas uminya balik kerja mesti nak peluk umi.. nak suruh dukung.. nak menyusu badan.. yg ni tugas suami jaga dulu anak-ana..alihkan perhatian anak-anak sampai isteri siap mandi.. rendam baju kotor..kalau boleh basuh terus.. sebab anakanak antibodi tak kuat.. jd nak dapat penyakit tu senang…

Bagi yang bakal berkahwin dengan jururawat, kalau tidak boleh berkorban, baik lupakan..carilah yang lain..??

 

Yang berkongsi pengalaman Akmal Ramli suami kepada Staff Nurse Siti Khadijah ???

#nurse
#isterikunurse
#bersambung
#part1
Kredit : FB Akhi Akmal

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/lelaki-ini-kongsi-cabaran-mengahwini-seorang-jururawat-2/?fbclid=IwAR1u8jBw6I2Dd-7Y6Ix4Oh6wrIvhta5xqKfj8fc4ZZZAY7Znog2LzuRLw3A 

Post navigation