Tips Pengantin : 9 Perkara Selepas Berkahwin, Anak Perempuan Tak Boleh Lupa

Spread the love

Seorang anak perempuan juga mempunyai tanggungjawan yang besar selepas mereka bernikah. Bukan hanya menurut suami sahaja.

Ingat jika anda masih mempunyai ibu bapa maka mereka masih dalam tanggungjawab anda.

Berikan apa yang anda mampu untuk membahagia mereka. Barulah rezeki masuk dan berkat!

 

1. Berbakti dan menghormati orang tua
Walaupun sudah berkahwin, anda tetap perlu menghormati ibu bapa anda.

2. Hulurkan bantuan kewangan
Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memberi keselesaan kepada ibu bapa.

3. Menjaga nama baik ibu bapa
Jaga nama baik dan maruah keluarga agar nama baik mereka terpelihara.

4. Jalinkan silaturrahim dengan orang tua
Berkahwin tidak bermakna anda lupakan mereka. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa anda.

5. Ada komunikasi yang baik
Elak tinggikan suara pada mereka. Jaga adab ketika bercakap dengan mereka. Gunakan nada yang baik.

6. Jangan bebankan ibu bapa
Jangan sesekali susahkan orang tua anda. Ringankan beban mereka dengan membantu apa yang patut.

7. Layan mereka dengan mesra
Teruskan memberi layanan yang mesra dan istimewa kepada mereka.

8. Bersabar dengan kekurangan mereka
Mereka tetap manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Jangan cepat menghukum!


9. Sentiasa mendoakan mereka
Jangan lupa sentiasa doa kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat.

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/9-perkara-selepas-berkahwin-anak-perempuan-tak-boleh-lupa/?fbclid=IwAR1Hq_Cy6wrJHP0ZxL8rUTilAMuI30YFnLg03VL8INK0ycMJFu-vTbVwq7o

Post navigation