
Adalah menjadi kewajiban bagi bakal pengantin mengetahui 5 rukun nikah supaya pernikahan mereka adalah sah. Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya.
Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah. Perkahwinan bukan semata-mata untuk menyatukan dua jiwa.
ย
Ia lebih kepada ibadah dan pelaksanaan tanggungjawab dari pihak suami dan isteri.
Di antara perkara wajib diketahui oleh bakal pengantin adalah rukun dan syarat nikah. Ianya menentukan samada sahnya sebuah ikatan perkahwinan. Anda perlu tahu sekiranya ada di antara rukun dan syarat nikah yang gagal dituruti, maka sesuatu pernikahan itu akan menjadi tidak sah.
ย
๐๐ช๐ ๐ช๐ฃ ๐๐๐ ๐๐
1. Pengantin lelaki (calon suami)
2. Pengantin perempuan (calon isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan qabul (akad nikah)
ย
๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ ๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ฝ๐๐ ๐๐ก ๐๐ช๐๐ข๐
1. Beragama Islam
2. Bukan mahram dengan bakal isteri
3. Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
4. Lelaki yang tertentu
5. Berkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)
ย
๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ ๐๐ก ๐๐จ๐ฉ๐๐ง๐
1. Beragama Islam
2. Bukan seorang khunsa
3. Bukan mahram dengan bakal suami
4. Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
ย
๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ ๐๐๐ก๐
1. Seorang yang adil
2. Beragama Islam
3. Baligh
4. Lelaki
5. Merdeka
Tidak kafir, murtad atau fasik
Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
ย
Jenis-Jenis Wali
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dgn persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yg nak dikahwinkan)
ย
๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ ๐๐๐ ๐จ๐
1. Beragama Islam
2. Lelaki
3. Baligh
4. Berakal
5. Merdeka
6. Sekurang-kurangnya dua orang
ย
S๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ ๐๐๐๐
1. Pernikahan dengan menggunakan perkataan nikah atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama secara tepat dan jelas.
2. Tiada tempoh tertentu untuk diikat (contoh nikah kontrak/mutaah)
3. Tidak secara taklik
ย
๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฉ ๐๐๐๐ช๐ก
Lafaz terima mestilah sesuai dengan lafaz ijab
Lafaz perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Dilafazkan sendiri oleh pengantin lelaki atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
___________________________________________________________________
Begitu cantik, tersusun dan mudah prosesnya. Inilah sebenarnya urusan pernikahan yg mengikut sunnah Rasulullah SAW. Semoga ia bermanfaat buat kita.
ย
Sumber : https://pesonapengantin.my/rukun-nikah-yang-wajib-diketahui-oleh-bakal-pengantin-penting/?fbclid=IwAR0Y-BGpzJvy8451NgoQ1eUU2a8AEBkC4zYGDyGqB8053BBtAGpO_8sjvz8