Tips Pengantin : Wajah Berseri-seri Tanpa Mekap, Ini Petua Cara Islam Yang Boleh Kita Amalkan

Spread the love

Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda. Sebenarnya dalam Islam sendiri anda menganjurkan kita untuk melakukan amalan-amalan dalam memelihara kecantikan wajah. Tidak salah untuk menggabungkan regim kecantikan bersama dengan amalan-amalan seperti yang dianjurkan dalam Islam malah usaha untuk menjaga kecantikan menjadi lebih sempurna.

Gabungan penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam agama Islam menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi sempurna.

Berikut amalan-amalan yang membantu wajah kelihatan awet muda.

 

Petua 1 : Sebelum mandi dan memberus gigi, amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

 


Petua 2 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

 


Petua 3 : Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti 
Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

 

 

Petua 4 : Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.


Petua 5 : Hafal ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

 


Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.


Sumber kredit: Islam Itu Indah

 

 

SUMBER : https://www.hijabista.com.my/wajah-berseri-seri-tanpa-mekap-ini-petua-cara-islam-yang-boleh-kita-amalkan/?fbclid=IwAR118CTD6mre4aBrWWotNaV057-0wg5Yfz3bOxLyCXxiWGNZLhajMryICQs

Post navigation