Tips Pengantin : Berzikir Dapat Buat Wajah Awet Muda Dan Berseri

Spread the love

Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. Ketahui Rahsia 3 Zikir Untuk Wajah Kekal Muda & Cantik Berseri! Kulit cantik berseri merupakan idaman setiap manusia tidak kira wanita mahupun lelaki.

 

Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana manusia di dunia ini secara semula jadi. Apatah lagi untuk mengurangkan penambahan usia.

 

Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak

– Ambil air segelas
– Baca al-Fatihah sekali
– Ayatul Qursi sekali
– Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38

 

Cara 2: Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

– Baca ” Ya Badiyah ” 1 x Baca
– ” Ya Nur ” 1x Baca
– ” Ya Hadi ” 1 x Baca
– ” Ya Allah ” 3x Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita.
– Lakukan setiap hari.

 

Cara 3: Amalkan membaca ayat2 seperti berikut

– Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.  – Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. 

– Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/berzikir-dapat-buat-wajah-awet-muda-dan-berseri/?fbclid=IwAR22tqsiH9xVt9QVDtubt0dZki68GTu4Lnse7bhsZc9ox4WoaznN0rtziAg

Post navigation