Tips Pengantin : Rezeki Bakal Pengantin, Selangor Beri Insentif RM600 Buat Pasangan Baru Kahwin

Spread the love

Beruntungnya jadi rakyat Selangor sebab korang bakal menerima insentif sebanyak RM300 setiap seorang buat pasangan yang baru berkahwin dan mendaftar kursus kekeluargaan anjuran kerajaan negeri.

Hal ini dilaksanakan bagi menangani kes penceraian yang semakin meningkat dikalangan belia. Namun begitu, ada beberapa syarat yang perlu korang patuhi sebelum ingin mendaftar.

Insentif ini hanya untuk golongan belia bawah umur 40 tahun dan merupakan perkahwinan kali pertama. Peserta perlu merupakan anak kelahiran Selangor atau telah bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (alamat MyKad mesti negeri Selangor).

Selain itu, pemohon dan pasangan perlu menghadiri kursus selama setengah hari bersama pasangan untuk mendapatkan insentif tersebut. Kursus ini merangkumi aspek pengurusan kewangan, pengurusan emosi dan kemahiran keibubapaan yang mana ditekankan bagi memenuhi keperluan ilmu rumah tangga.

Pendaftaran dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019.

Pendaftaran permohanan itu boleh dibuat menerusi laman web www.igems.yawas.my bermula 18 November sehingga 31 Jun 2020.


Bagi korang yang nak berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya, permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan.


Rezeki orang berumah tangga, siapa nak bagi RM600 macam tu je kan?


Apa lagi untuk korang yang merupakan anak jati Selangor dan berniat nak kahwin, bolehlah mendaftar bagi mendapatkan insentif ini.


Sumber: www.igems.yawas.my

 

 

SUMBER : https://www.remaja.my/rezeki-bakal-pengantin-selangor-beri-insentif-rm600-buat-pasangan-baru-kahwin/?fbclid=IwAR1gBQQwGvyO_uwmObQfra-BaGT1bOgghwBzsZHpkSwfzGD1dYQUGM4D5NM

Post navigation