Tips Pengantin : “Jodoh Lambat Itu Tidak Berdosa, Yang Terbaik Selalu Datang Kemudian”

Spread the love

Bila disebut soal “JODOH” ianya adalah sesuatu yang sangat rumit.Tambahan pula jika orang muda itu usianya sudah mencecah 25 tahun,pasti mereka akan kelam kabut mencari pasangan yang bakal memenuhi ruang hati mereka.

Mereka berfikiran jika mereka kahwin lambat,”mereka adalah loser”.Kepada orang muda,jodoh ini jangan dipandang mudah.

 

Ada orang yang berkahwin pada usia muda,tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan penceraian kerana tidak bersedia dan tersalah memilih pasangan.Sebelum kahwin semuanya nampak indah,selepas kahwin,haa rupa rupanya pasangan kaki mencarut,kaki pukul,kaki hutang dan kaki judi.

Ada orang yang berkahwin lambat dan terpaksa menunggu jodoh sehingga lanjut usia.Malah ada juga yang terpaksa memekakkan telinga dari mendengar mulut sampah masyarakat di sekeliling mereka.

“Tengok dia tu kahwin lambat,mesti memilih sangat ni.Tak pun mesti tak laku.”

“Itu lah,kawan-kawan dah ada anak 2,tengok dia tu jadi anak dara tua lah nanti”.

Pekakkan telinga wahai orang muda.

Ada juga orang yang bertemu jodoh lambat,tetapi rumah tangaa yang dibina olehnya bahagia sehingga ke akhir hayat.Dikurniakan pasangan yang memahami,solat lima waktu dan juga berpegang kepada agama.

Tidak salah jika anda ingin memilih! Anda pilih jodoh bukan seperti beli kereta.Jika kereta rosak ianya masih boleh diperbaiki.Jika rumahtangga rosak,cerai sahaja lah jawapannya.

 

Soal jodoh ini adalah urusan tuhan,
Dengan siapa kita berkahwin,
Bila kita akan berkahwin,
Semuanya telah ditetapkan.
Yang penting kita juga perlu usaha.

Jika sehingga ke hari ini anda masih belum bertemu jodoh,janganlah bersedih dan anggap sahaja tuhan sedang susun perkara yang baik untuk anda.

“Apa guna jika kahwin awal kalau dapat pasangan caca marba.”

Semoga anda yang masih belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengan jodoh yang baikbaik pada masa akan datang.

Orang mengata?

Pekakkan saja telinga,lama-lama mereka diam lah.Buat apa nak layan.Baik kau layan upin ipin. Eh tiber. Haha


Sekian sahaja sedikit pesanan dari aku terutamanya kepada orang muda yang sudah mencecah umur 20 an ke atas.Posting ini tidak sesuai kepada budak bawah umur. Belajar pandai-pandai dulu dik kalau nak baca. Haha


Aku juga adalah seperti kalian yang sentiasa mengharapkan jodoh yang terbaik pada hari yang mendatang.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/jodoh-lambat-itu-tidak-berdosa-yang-terbaik-selalu-datang-kemudian/?fbclid=IwAR3xtpNbf9tkiUC4Eao9N7mLdSsVynVqhjXQF57rU2CgHzQkEBoEF90_pRQ

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *