Tips Pengantin : Pakar Psikiatri Ini Dedah Fakta Menarik Jika Pasangan Wajah Seiras. Dikatakan Jodoh Kuat & Bahagia Till Jannah!

Spread the love

Jodoh itu rahsia Allah dan hanya Dia yang tahu. Tetapi kita boleh berusaha untuk membuat pilihan terbaik. Ada macam-macam kriteria mencari bakal Imam dan salah satu mereka yang berwajah seiras.

Dikatakan jika mempunyai jodoh dengan mereka yang punya wajah seiras ini, rumah tangga lebih bahagia dan kekal hingga ke jannah.

Perkongsian dari Pakar Psikiatri Dr Ahmad Rostam Md Zain ini menjelaskan lebih mendalam berhubungan fakta menarik mengapa pasangan kelihatan seiras.

 

Dia yang membuat thread di laman sosial twitter mendapat perhatian warganet hingga mendapat retweets lebih 18 ribu serta 13 ribu butang like.

 

1. Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri zikal & strata sosial yg setara

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan & gaya yg sama yg menunjukkan ikatan emosi yang selesa & saling percaya

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yg 1 lagi juga bakal xsihat

5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi & cabaran yg sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yg sama.

6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, > tinggi tahap kegembiraan & kebahagian yg dialami oleh 1- 1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan

Sweet, kan?

Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi. Jadi anda mahu #pilihsihat? Pilihlah untuk bahagia #MedTweetMY @MedTweetMYHQ

Ternyata perkongsia ini mendapat maklum balas daripada netizen. Rata-rata turut berkongsi pasangan meraka yang berwajah seiras.

Sekali pandang memang nampak seiras wajah kedua-duanya. Semoga mereka ini kekal bahagia till jannah.

 

1. Ramai capa muka sama dengan husband

2. Ramai nak tackle sebab ingaat adik husband

3. Nampak sama

4. Masa bercinta lain, dah kahwin baru nampak persamaan

5. Tua dua tahun dari suami

 

 

SUMBER : https://www.kashoorga.com/pakar-psikiatri-ini-dedah-fakta-menarik-jika-pasangan-wajah-seiras-dikatakan-jodoh-kuat-bahagia-till-jannah/?fbclid=IwAR3mcrFi-085dJr9JxL0Q4ZLlyCW60HsInfrSsIfjiZr5Se3RqPLi9zsAd0

Post navigation

One thought on “Tips Pengantin : Pakar Psikiatri Ini Dedah Fakta Menarik Jika Pasangan Wajah Seiras. Dikatakan Jodoh Kuat & Bahagia Till Jannah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *