Tips Pengantin : Jika Kita Tiada Rezeki Wang RM Mungkin Kita Diberikan Kesihatan & Pasangan Yang Baik

Spread the love

Bahagia itu bukan semestinya dari wang ringgit, dari kereta mewah dan dari rumah yang besar tapi lelaki bernama Mizan Dzai ini kongsi, maksud rezeki yang mungkin kita tak pernah perasan dalam kehidupan seharian.

 

KEHIDUPAN BAHAGIA

 

Jika kita tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


Jika kita tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika kita tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika kita tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika kita tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.


Jika kita tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika kita tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Pokoknya bahagia itu adalah bilamana kita benar-benar menghayati erti bersyukur.


In shaa Allah.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/jika-kita-tiada-rezeki-wang-rm-mungkin-kita-diberikan-kesihatan-pasangan-yang-baik-2/?fbclid=IwAR1iJy70ATec49ihEmQaG3iQtCyA9EwboFjpmQ2pLH4qacL-PlMqwoOPAkg

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *