Tip Pengantin : Waktu Aurat Ini, Allah Sediakan Buat Pasangan Suami Isteri Untuk Bermesra Tanpa Gangguan

Spread the love

Awal perkahwinan kebiasaanya waktu bersama pasangan itu, mudah untuk kita cari tapi lama-kelamaan, waktu itu makin susah kita cari lebih lagi bila kita sudah mempunyai anak.

Lelaki yang dikenali sebagai Pak Utih ini kongsi, Allah sediakan buat pasangan suami isteri untuk bersama itu dinamakan waktu aurat.

 

MASA PALING BERKUALITI SUAMI ISTERI

 

Semua pasangan bercinta mengidamkan mereka duduk berdua-duaan bermadu kasih di bawah sinaran bulan purnama.

Namun Allah telah menyediakan waktu ini untuk pasangan suami isteri bermesra yang dinamakannya sebagai waktu aurat. Iaitu di dalam bilik tidur di antara selepas isyak hingga ke subuh. Dan di antara waktu zohor hingga ke asar.

“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat tidur kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga AURAT bagi kamu. Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan KAMU MASINGMASING SENTIASA BERHUBUNG RAPAT ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” An Nur: 58.


Berdasarkan ayat di atas, Allah telah mengkhususkan waktu-waktu ini hanya untuk suami isteri sahaja berdua-dua tanpa diganggu oleh orang lain termasuk anak-anak sendiri yang belum cukup umur agar kita suami isteri boleh dengan bebas mengadu, meluah perasaan, bertukar pendapat, berbincang dan membuat keputusan. Segala rahsia kehidupan suami isteri ini dapat diuraikan dengan bebasnya di waktu ini.


Suami isteri ibarat satu “badan” yang memiliki dua otak kiri dan kanan yang saling berbeza cara fikir untuk kebaikan penerusan kehidupan mereka. Inilah masanya Allah wujudkan untuk suami isteri mencari kata pemutus dan keredhaanNya.

 

Isteri boleh sahaja meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Suami pula dengan telinga yang terbuka mendengar apa sahaja keluhan sang isteri. Dengan suasana yang romantis di atas katil ini, pastinya kebahagiaan sudah pasti dikecapi sebagaimana ungkapan kebahagiaan di syurga di dalam ayat ini, “ Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” Ya Siin: 56

Oleh itu, wahai suami dan isteri, “looking forward” lah waktu aurat ini setiap malam untuk anda berdua mendapat rahmat Allah. Berilah peluang isterimu menceritakan apa sahaja yang terbuku di hatinya, terpendam di jiwanya dan terselit di hawa nafsunya dengan mendengar tanpa prijudis tanpa prasangka. Allah Maha Mengetahui yang suami isteri perlukan masa ini yang SENTIASA BERHUBUNG RAPAT ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN”.


Selamat mendapatkan RahmatNya. …………… Pak Utih


#pakutih
#suamiisteri

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/waktu-aurat-ini-allah-sediakan-buat-pasangan-suami-isteri-untuk-bermesra-tanpa-gangguan-2/?fbclid=IwAR27IfvrAFwZ7VQNn44tAqThE7pYvRO3MJwttSTOWkboxyl0UBm78wYk6f8

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *