Tips Pengantin : Kelebihan Mempunyai Pasangan Gempal, Mereka Sebenarnya Lebih Menyenangkan

Spread the love

Kebanyakkan lelaki sudah pasti mahukan teman wanita yang langsing dan memiliki bentuk badan yang menawan. Namun, tidak ramai juga lelaki yang mudah tertarik dengan wanita yang berbadan gempal dan berisi.


Mungkin lelaki akan kurang untuk berterus terang bahawa mereka menyukai wanita yang berbadan  gempal. Paling penting sekali, mereka inginkan seorang wanita yang memiliki hati yang ikhlas setelah berkahwin dan bukan berbadan kurus semata-mata.


Penampilan seorang wanita bukan menjadi alasan untuk dipilih oleh lelaki yang ingin jadikan anda sebagai pasangan. Perkara yang paling penting dan harus di titikberatkan ialah memiliki keikhlasan, kesetiaan dan personaliti yang menyenangkan.


Sekiranya anda mempunyai kekasih yang berbadan gempal atau gemuk, ini alasan yang anda harus tahu dan tidak menjadikannya alasan untuk berasa malu dan tidak selamat.

 


1. Mempunyai teman makan yang menyenangkan

Jika pasngan anda seorang yang sangat meminati makanan adalah pasangan yang terbaik berbanding pasangan yang hanya makan salad dan sayuran hijau sahaja.

Punya pasangan jenis ini juga boleh menjadikan anda seorang yang bahagia untuk memilih dan bebas untuk makan apa saja tanpa rasa bersalah.

 


2. Tidak perlukan cermin

Jika anda memiliki teman wanita yang sangat mementingkan bentuk badan sudah pasti mereka akan menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk membelek tubuh badan seharian. 

Setiap kali melihat cermin sudah pasti akan melekat. Namun jika anda mempunyai pasangan yang gempal, mereka tidak obses dengan cermin dan lebih suka menghabiskan masa dengan berjalan dan bersiar-siar dengan anda.

 

 

3. Tiada sebarang sekatan

Andainya kekasih yang anda sayang sangat menjaga pemakanan dan sentiasa mengamalkan diet sihat, sudah pasti hidup anda akan menglami tejanan dan terus menderita bila bersamanya.

Jika anda memilih wanita yang gemuk, mereka tidak teragak-agak untuk melakukan apa saja malahan berkongsi makanan bersama.

 


4. Mampu melindungi diri mereka sendiri

Sekiranya anda mempunyai teman wanita yang seksi dan bertubuh badan yang langsing, sudah pasti akan ada saja yang mula menganggu dan melemparkan perkataan yang tidak senonoh atau menghina dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Jika pasangan anda berbadan gempal, jika di hina sudah pasti dia akan terus memberi pelajaran pada orang-orang yang menghinanya.

Jadi usahlah anda rasa malu sekiranya memiliki kekasih yang berbadan gempal dan gemuk. Itu sudah pasti akan membuatkan hari-hari anda meluangkan masa dengannya akan menjadi seronok tanpa ada apa yang boleh menghalang dan kamu berdua boleh melakukan apa saja yang dimahukan.

Oleh itu, terimalah dengan hati yang terbuka dan ikhlas jika kekasih anda tidak seksi dan kurus seperti orang lain.


Sekian petikan dari Cantik.tempo.co.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kelebihan-mempunyai-pasangan-gempal-mereka-sebenarnya-lebih-menyenangkan/?fbclid=IwAR2yQIulL9q_awTawee_RpFqX0QwtguZGKkNXtmnXg8IjpjSttUaZK_pzh8

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *