Tips Pengantin : “Perempuan Jangan La Nak Lelaki Yang Dah Stabil Terus” , Ini Sebab Yang Perempuan Perlu Fahami!

Spread the love

Luarannya mungkin nampak indah tapi hakikatnya untuk mendirikan sebuah masjid itu banyak yang perlu dilalui. Peritnya mencari duit itu hanya DIA yang mengetahui, namun jika segalanya dengan nawaitu yang betul, inshaAllah dipermudahkan.


Mendapat pasangan yang memahami adalah rezeki. Bukan senang nak jumpa perempuan yang mampu bekerjasama dalam semua hal. Yang mampu melihat kita bermula dan bersamasam dari bawah. Perkongsian lelaki bernama Amir Syahir di Facebook miliknya meluahkan kenapa perempuan perlu lebih memahami.


“Awak, makan malam apa tu?”


“Makan nasi goreng kampung je.”


“Ooo.. sedap.”


Maaf, dulu saya selalu tipu awak. Awak tanya saya makan malam apa sebenarnya selalu juga saya duk makan megi, biskut, roti je. Duk ikat perut nak kumpul hantaran kahwin.

Awak selalu tanya saya breakfast apa, lunch apa, takkan saya asyik nak jawab puasa je kan? Saya tipu la sikit jawab makan itu makan ini. Padahal saya makan biskut je.


Nak jujur takut awak risau dan sedih pula. So, saya pura-pura lah tipu hasilnya dapat kahwin tanpa perlu buat pembiayaan peribadi pun. Bagi saya, baik saya bersusah payah masa bujang, daripada nanti susahkan awak dan keluarga.


Bila awak ada masak makan tengahari untuk saya, saya rasa terharu sangat. Padahal masak simple je pun. Nasi putih dengan daging kunyit. Itu first time saya rasa masakan awak. Sedap.


Dua pinggan juga la saya melantak. Pasal malam tu saya makan buah epal je buat alas perut.


Sikit lagi air mata saya nak menitik masuk dalam nasi tu.


Itu pasal sebelum kahwin saya kurus. Dah kahwin kemain semakin mengembangnya. Haha.
***


Point dia, kaum perempuan jangan la nak lelaki yang dah stabil terus. Kalau takde kereta terus tak nak kahwin dengan dia. Nak yang ada kereta import mewah je. Nak yang kerja sedap je. Kau sama-sama la ada masa dia susah dan senang. Sama-sama tolong dia.


Kau pun tahu kan lelaki ada ijazah starting gaji pun dekat RM2500 saja. Nak bayar PTPTN lagi, nak bayar itu ini lagi. Ada yang kena tanggung adik-adik dia lagi. Kau kena fikir semua tu.


Well, jika teman lelaki kau sanggup ikat perut demi nak kumpul duit hantaran untuk kau, kau patut berbangga dan bersyukur. Kerana dia betul-betul ikhlas nak jadikan kau yang halal baginya.


Dia sanggup kerja lebih masa, ikat perut, tangguh kehendak. Semuanya untuk masa depan kau berdua.


Ini tak, pakwe kerja lebih masa sikit dah emo kata asyik busy je memanjang. Tak keluar dating pun marah-marah sebab kawan perempuan dia keluar dating dengan pakwe.


Jangan pernah ragui dia. Sokong dia sikit. Dia sedang berusaha simpan duit. Kau pun jangan selalu minta dia belanja makan kat kedai hipster je. Senang nak up gambar dekat Insta kau punya pasal.


Kalau kau tahu bakal suami kau baru kerja setahun dua, kau tolong la dia sikit. Kau buat simpanan dalam diam. Lepastu kau bagi dia pinjam. Kan sweet. Mesti dia terharu.
***


Rileks. Tak keluar dating selalu tak semestinya pakwe kau tak sayang kau. Bertanya khabar melalui WhatsApp pun dah okey kan. Lainla kalau kau WhatsApp pun dia tak layan memang tu nak cari pasal.


Bercinta lepas nikah kan lebih manis dan best. Kalau selalu jumpa sebelum nikah nanti dah takde lagi cerita nak dikongsikan selepas nikah. Biarlah pakwe kau duk gigih cari duit untuk majlis kahwin korang nanti.
***
Kau pulak berusaha la perbaiki diri untuk menjadi isteri yang terbaik. Jangan asyik nak marah dan fikir bukan-bukan je pasal pakwe kau. Lepas kahwin nanti kau ngadap la muka suami kau puas-puas. Masa tu dia sentiasa ada dengan kau dah. Kah!

[ASY]
#AmirSyahir

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/perempuan-jangan-la-nak-lelaki-yang-dah-stabil-terus-ini-sebab-yang-perempuan-perlu-fahami-2/?fbclid=IwAR3bQmkz7JnlXCSV6qGOo5-5jJLcMShqh9WIZp8vtD6xDp8NsGGRP3ZD1sQ

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *