Tips Pengantin : “Satu Hari Nanti, Kau Akan Berjumpa Dengan Seseorang Yang Akan Memberi Rasa Cinta Sejati”

Spread the love

Cinta adalah perkara yang paling indah yang dilalui oleh seorang manusia. Rasa dicintai dan disayangi oleh orang yang kita sayang itu sangat memberi kepuasan pada diri. Rasa itu hanya anda sendiri yang rasa.


Tapi, jika cinta anda tidak terbalas janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah sedang aturkan yang lebih baik buat anda. Tidak perlu risau. Cepat atau lambat jodoh itu pasti bertemu jika dengan izinnya. Kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa.


Satu hari nanti, kau akan berjumpa dengan seseorang yang mana kau menyedari bahawa segala yang berlaku dalam kehidupan kau selama ini, membawa kepada pertemuan dengan dia.

 

Satu hari nanti, bila kedengaran nama orang yang pernah mengecewakan kau satu tika dulu, kau akan teringat sedikit pada kenangan, tapi kau tidak akan berasa sedikit pun sakit hati dan rindu.


Kerana sekarang kau ada seseorang yang jauh lebih baik. Jauh lebih bagus dari sesiapa pun.


Satu hari nanti, kau akan berjumpa dengan seseorang yang kau akan sayang dia sungguhsungguh. Ia pasti akan berlaku. Boleh jadi dalam masa satu hari, dan boleh jadi dalam setahun.


Kau akan jatuh cinta dengannya, dan untuk beberapa alasan, kau tidak ketakutan lagi. Cara dia melihat kau, kau boleh tahu kejujuran di situ. Dan cara dia menemani kau seolah tiada lagi kata selamat tinggal.


Satu hari kelak, kau akan berjumpa dengan seseorang yang menyatakan indah rupanya berkasih sayang kerana Tuhan.


Ia tiada pengakhiran hingga ke Syurga.


Tidak akan ditinggalkan.


Dan dia tidak akan sekali-kali meninggalkan.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/satu-hari-nanti-kau-akan-berjumpa-dengan-seseorang-yang-akan-memberi-rasa-cinta-sejati/?fbclid=IwAR1J0UMDW0oBntSXEJd7ByS0YtXRlGTWTMqykLAAcejCpFaH_hrNtxZ-jSE

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *