Tips Pengantin : Atasi Debaran Malam Pertama Setelah Sah Bergelar Suami Isteri Dengan 16 Cara Ini

Spread the love

Seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga, malam pertama sering menjadi bayangan utama. Ada yang sering kali terfikir bagaimanakah cara menikmati malam pertama itu. Ada yang bimbang dan resah terutama pada pasangan yang baru sahaja dikenali. Adakah mereka akan berasa tidak selesa dan sebaliknya?

Oleh itu, tentu kedua-duanya berdebar menantikan malam pertama tersebut. Apa yang pasti malam pertama ini menjadi rahsia kepada pasangan suami isteri dan merupakan permulaan kepada sebuah ikatan perkahwinan.

 


1. Mendirikan solat sunat bersama pasangan.

2. Ambil tahu mengapa perlu melakukan persetubuhan dengan isteri.

3. Berdoa kepada Allah agar persetubuhan yang dilakukan menghasilkan anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa.

4. Bersihkan badan dengan sempurna dan jangan biarkan tubuh berbau.

5. Membuang bulu-bulu dan kotoran di badan.

6. Bersihkan badan dan mengenakan wangian yang berbau lembut.

 

7. JANGAN BIARKAN SUASANA DALAM KEADAAN YANG TERLALU GELAP. BERIKAN SEDIKIT PENCAHAYAAN AGAR DAPAT MELIHAT WAJAH PASANGAN.

 

8. Sekiranya persetubuhan sudah berlaku, elakkan kita terdedah dalam keadaan tanpa berpakaian. Seeloknya, tutuplah sedikit tubuh badan kita dengan selimut atau kain.

9. Menghadapi saat malam pertama, seseorang itu hendaklah sentiasa bersabar dan
melakukannya tanpa sebarang perasaan gelojoh. Ini penting bagi memastikan kedua-dua pasangan mencapai kepuasan tanpa sebarang masalah.

10. Perasaan malu dan kekok kebiasaannya ada. Namun ia boleh dilakukan secara perlahanlahan. Malu itu perkara biasa. Tetapi jangan jadikan malu itu berpanjangan kerana ia boleh mencetuskan perasaan dingin terhadap pasangan.

11. Tidak kiralah bilakah waktu kita melakukan persetubuhan, ia mesti diakhiri dengan mandi wajib.

12. Jangan suka berlengah dan biarkan terlewat untuk tidak sempat untuk menunaikan ibadah solat. Menjadi satu kebiasaan jika kita melakukan persetubuhan, pasangan akan tertidur kepenatan. Maka, adalah lebih baik jika segera bangun awal untuk menunaikan solat subuh selepas mandi.

13. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkahwinan. Maka ada baiknya jika suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan ’aktiviti’.

14. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkahwinan, sekiranya pasangan kepenatan. Apa salahnya menunggu keesokan harinya, setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

15. Lakukan hubungan di malam pertama dengan penuh kelembutan dan tatatertib.

16. Luahkan kata-kata pujian dan indah kepada pasangan sebelum melakukan hubungan intim itu.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/atasi-debaran-malam-pertama-setelah-sah-bergelar-suami-isteri-dengan-16-cara-ini/?fbclid=IwAR0dmeA6r9nQ995_6fIswKcT-MSthGIrm6lwJJ7ulWqAKwNwPCy5l2fmo5s

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *