Tips Pengantin : Hampir 40% Masalah Kesuburan Berpunca Dari Lelaki

Spread the love

Isu ketidaksuburan berlaku kepada hampir 20 peratus pasangan dan daripada jumlah tersebut 30 peratus hingga 40 peratus ketidaksuburan berpunca daripada pasangan lelaki.

Dianggarkan bahawa satu dalam 20 lelaki mempunyai beberapa jenis masalah kesuburan serta jumlah kuantiti sperma yang sedikit.

Walau bagaimanapun, hanya satu dalam setiap 100 lelaki tidak mempunyai sperma di dalam air mani dan keadaan ini dikenali sebagai azoospermia.

Dalam kebanyakan kes, tiada tanda-tanda jelas untuk menunjukkan seseorang itu mengalami masalah ketidaksuburan. Hanya dengan melalui ujian klinikal dapat mengenal pasti ketidaksuburan seseorang lelaki itu. Diagnosis melibatkan pemerhatian pada rekod perubatan serta pemeriksaan fizikal bersama-sama dengan analisis sampel air mani. Jika hasil analisis menunjukkan tanda-tanda ketidaksuburan, pesakit seterusnya akan dirujuk kepada pakar.

 

PUNCA

 

Antara faktor yang mempengaruhi ketidaksuburan lelaki berkemungkinan terjadi disebabkan berikut:

Cryptorchidism (kegagalan zakar untuk berada di dalam keadaan normal sejak kelahiran)

Kemoterapi atau sinaran radioterapi

Serangan virus beguk

Pendedahan kepada bahan toksin

Pengangkutan sperma (Obstructive)

Pembedahan zakar

Pembaikan hernia

Kecacatan Reproduktif (ketiadaan vas deferens)

Persekitaran bekerja yang terdedah kepada racun perosak, logam berat, bahan kimia toksik atau radiasi Terdapat kajian yang menunjukkan kesan daripada tabiat merokok juga menyumbang kepada sperma yang kurang berkualiti. Antara lain, ada juga kajian yang mendapati bahawa obesiti turut menjejaskan pengeluaran sperma yang berkualiti.


Teknologi bantuan reproduktif (ART) merupakan antara kaedah rawatan saintifik untuk membantu pasangan yang ingin mempunyai zuriat termasuk rawatan IVF dan suntikan sperma (ICSI). ART tidak menyembuhkan atau merawat punca ketidaksuburan tetapi membantu pasangan mencapai impian untuk hamil. Kaedah injeksi sperma (ICSI) ialah teknik baharu yang direka untuk meningkatkan kadar persenyawaan. Selepas persenyawaan embrio terhasil, ia dimasukkan semula ke dalam rahim wanita.


Semoga langkah-langkah tersebut dapat membantu anda untuk mendapatkan zuriat yang diimpikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Apa yang paling penting adalah jangan pernah berhenti berusaha dan teruskan berdoa agar dikurniakan zuriat yang sihat.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/hampir-40-masalah-kesuburan-berpunca-dari-lelaki-2/?fbclid=IwAR2MVP32Tg7mn-6PgjJg2JZLxtdeF6Je8LCl9PcjoIs78jV_oHzNPAE993Y

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *