Tips Pengantin : Ambil 5 Biji Kurma Setiap Hari, Mampu Kuatkan Rahim Buat Wanita Yang Sukar Dapat Zuriat

Spread the love

Rahim yang sihat dan kuat adalah impian setiap wanita. Ini kerana sekiranya seorang wanita mempunyai masalah rahim yang lemah dan bermasalah, ia akan menyebabkan wanita tersebut mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.

Apakah fungsi rahim seorang wanita? Bagi seorang wanita, rahim adalah organ peranakan yang sangat penting. Di situlah berlakunya proses persenyawaan apabila ovum dan sperma bertemu. Di situ juga benih akan tertanam dan membesar menjadi janin.

Seterusnya janin akan membesar dan bertukar menjadi bayi. Didalam rahim, bayi anda melalui proses perkembangan dan tumbesaran sehingga bersedia untuk dilahirkan. Apabila bayi anda bersedia untuk dilahirkan, rahim anda akan mengembang dan mengecut untuk melahirkan bayi anda.

Betapa pentingnya rahim bagi seorang wanita. Itulah sebabnya sangat perlu untuk mendapatakan rahim yang kuat dan sihat. Jadi, apakah punca rahim seorang wanita boleh menjadi lemah? Di antara punca yang telah dikenal pasti ialah:

– Pernah melahirkan
– Pernah keguguran
– Rahim jatuh
– Terlalu lasak
– Pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan rahim terjejas
– Pernah jatuh terduduk
– Pernah jatuh terhentak
– Selalu mengangkat barang yang berat

 

Apakah kesan sekiranya seorang wanita mengalami masalah rahim yang lemah?

Rahim yang lemah akan menyebabkan seorang wanita mengalami:

– Kesukaran untuk mengandung
– Kesukaran untuk mengekalkan kandungan lalu mengalami keguguran
– Keguguran yang berulang
– Masalah rahim jatuh

 

Oleh itu, jika anda mempunyai masalah rahim lemah adalah sangat penting untuk anda berikhtiar untuk memulihkan semula rahim anda dengan segera. Semakin lama anda biarkan, semakin teruk keadaan rahim anda.

Di antara salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan cara menjaga pemakanan.

Elakkan makanan yang boleh menjejaskan rahim dan banyakkan makanan yang boleh menyihatkan rahim. Di antara makanan kuatkan rahim yang boleh anda amalkan ialah:

 

Protein

Protein adalah sangat penting untuk tubuh badan manusia dan salah satu daripada fungsinya ialah untuk menguatkan rahim. Bagaimana protein boleh membantu menguatkan rahim?

Untuk menguatkan semula rahim yang lemah, cara yang terbaik ialah untuk menguatkan semula otot rahim. Otot dalam tubuh badan kita terdiri daripada sel-sel. Sel yang kuat akan membentuk otot yang kuat dan sihat.

Sementara itu, makanan sel ialah protein. Oleh itu, apabila sel anda mendapat protein yang secukupnya, sel anda akan menjadi sihat. Sel yang sihat akan membentuk otot yang kuat dan sihat.

Apabila otot rahim anda sihat dan kuat, masalah rahim lemah yang anda alami juga akan dapat diatasi. Pastikan anda dapatkan protein dari sumber semulajadi dan sihat seperti:

– Salmon
– Daging lembu
– Ayam
– Ikan
– Kacang soya
– Keju
– Susu
– Telur

 

Kurma

Kurma adalah salah satu makanan dalam syurga yang disebut di dalam Al-Quran. Kurma mengandungi pelbagai nutrisi dan khasiat seperti protein, vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, dan niasin.

Kurma juga terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan. Salah satu daripadanya ialah untuk membekalkan tenaga. Namun tak ramai yang tahu bahawa kurma juga sangat berkesan untuk menguatkan rahim.

Jika anda mengalami masalah kesukaran untuk mengandung atau pernah mengalami keguguran, anda boleh amalkan minum susu kurma untuk menguatkan semula rahim supaya bersedia untuk mengandung semula. Cara untuk menyediakan susu kurma ialah seperti berikut:

– Ambil 5 biji kurma. Bersihkan, buang bijinya
– Masukkan kurma tadi ke dalam segelas susu segar
– Rendamkan semalaman. Simpan dalam peti sejuk supaya susu tidak rosak
– Seeloknya rendam semalaman. Anda boleh rendam pada waktu malam dan minum pada keesokan paginya
– Minum susu kurma tadi sejurus anda bangun tidur
– Amalkan setiap hari

 

Kismis

Makanan kuatkan rahim yang seterusnya ialah kismis. Jika anda perhatikan, kismis adalah di antara makanan kering yang selalu dibawa pulang oleh mereka yang pulang dari Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Kismis adalah makanan yang dibuat daripada anggur yang dikeringkan dan sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Salah satu daripada khasiat kismis ialah menguatkan rahim. Anda boleh amalkan air rendaman kismis. Caranya:

– Rendam 5 biji kismis dalam segelas air
– Biarkan semalaman
– Minum setiap pagi

 

Madu

Madu adalah sangat baik untuk kesihatan. Amalan memakan satu sudu madu setiap pagi dan malam adalah salah satu ikhtiar untuk menguatkan rahim yang lemah. Bukan itu sahaja, madu juga akan membantu meningkatkan imuniti dan memberikan anda tenaga.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/ambil-5-biji-kurma-setiap-hari-mampu-kuatkan-rahim-buat-wanita-yang-sukar-dapat-zuriat/?fbclid=IwAR26BpMD9rrl5diUMF4fcBZkTxMyPWTWeUDOYOBVl3U4cQJtkOEEa5Bky00

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *