Tips Pengantin : Kalau Tak Mampu Tak Perlulah Yang Mahal-Mahal. Ini Tips Jimat Majlis Kahwin!

Spread the love

Masuk bab penyediaan perkahwinan ni kalau tak plan dengan betul, mesti kita akan beli barangbarang yang tak diperlukan. Maka pembaziran mula berlaku.

Mungkin ramai yg bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni… disini saya cuma nak kongsikan sedikit sebanyak tips untuk jimat mengikut pendapat saya dan pasangan. ia sekadar renungan tentang apa yang kita panggil KEPERLUAN dan KEHENDAK di majlis perkahwinan kita.

 

1) PELAMIN

Tak perlu la nk yg mahal2 dan grand2… bukan saya kata tak boleh, silakan jika anda mampu… konsep dan tujuan pelamin sebenarnya adalah untuk bergambar, berapa lama kita guna pelamin? sejam? 4 atau 5 jam? berapa kos? 2000? 3000? kos pelamin yang saya gunakan untuk majlis kami RM600, tu pun kami rasa agak membazir… sbb xsempat pun nak guna untuk bergambar… 2000 habis dalam masa 5 jam? Nk kumpul?? Tak rase rugi ke?

 

2) JURUGAMBAR

Untuk majlis kami, saya buat keputusan untuk minta tolong abg ipar je… saya bagitaw… just snap the moment… xperlu nk kelas2… just snap… anda fikir… bila kita nk tgok balik gambar2 tu semua? pendapat saya dalam sebulan dua kawin nak la tgok… then? berhabuk dalam almari… bnyak pakej2 fotografi diluar sana yang menawarkan sampai ke harga 2k ke 3k?? bukan kata tak boleh… silakan jika anda mampu… pendapat saya… mintak tolong saja kawan2 yang pandai ambil gambar, bgla upah seratus dua untuk soft copy… simpan dalam CD dan savekan juga dalam GOOGLE DRIVE… settle… nk tgok balik bukak je laptop… nah… berapa bnyak da jimat..

 

3)BAJU PENGANTIN

Yang ni optional… sama konsep macam pelamin.. berapa lama anda nk pakai??? paling kuat untuk akad nikah 2jam…. pastu untuk bersanding 4 ke 5 jam… kos sewa baju? RM500??? tu pun yg agak murah…hmmm… apa yg kami buat… dgn RM500 tu, boleh beli saja baju yg dah siap… dah cukup cantik da… serius… anda pilih… anda habis RM500 dalam masa 6jam atau anda dapat guna lagi baju tu untuk ke majlis makan malam lepas ni? tapi kalau beli baju jgnla beli yg liplap2… cukup yg bersahaja… dalam kes saya dan pasangan, baju akad nikah kami guna yang abg ipar dan kakak saya yang dulu… alter sikit2… dah… modal RM50 je… kan nak pakai 2jam je… pastu baju untuk bersanding, kami beli kain dan hantar pada tailor… upah pun tak berapa mahal sbb saya buat baju melayu biasa dan isteri saya buat baju yang simple… done… still habis RM500 tapi baju adalah milik kami… STILL… boleh je nak sewa yang harga 1000 pun kalau anda mampu…

 

4)KAD KAHWIN

Yang ni plak… ape tujuan kad kahwin? nk bg org tahu tarikh, tempat, no telefon dan siapa yg kahwin… betulkan? berapa lama diorang tgok? kejap je… pastu? diorang simpan wat kenangan tak? hampeh… kompem buang punye lepas majlis… jadi tak payah nak kad yang mahal2, wangi2, kaler bling2 bagai… buat yang murah2 je… janji maklumat sampai…

 

5)HANTARAN

Untuk hantaran pulak… letaklah atas par hantaran tu barang2 yang memang kita akan pakai dan… barang2 yang mengikut kemampuan kita… pedulikanlah apa kata orang… eh, murahnye, eh keciknye, eh besarnye, eh tak cantikla… mind set kene kuat.. kalau kita biasa pakai barang harga RM20, letak yg tula, STILL… kalau anda mampu… tak salah pun nk letak hand bag LV kat situ… ini sekadar pendapat melalui pengalaman… Alhamdulillah.. majlis kami berjalan lancar walaupun sederhana… kalau korang semua mampu… silakan… tapi mampu tu jgnla sampai kene wat LOAN semata2 nk kawin… biarlah kita buatloan untuk harta… macam kereta, rumah… tapi kalau untuk kahwin… hmmm… saya kurang bersetuju…. ini pendapat sahaja… tak ikut takder masalah… salam pengantin baru kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan dari saya dan pasangan 

Kredit : Faizal Khalik

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kalau-tak-mampu-tak-perlulah-yang-mahal-mahal-ini-tips-jimat-majlis-kahwin/?fbclid=IwAR3B4HWThsWNYf3g6QUVnZtqhLMwoSCxTsF-sFXy4zShd4XXCEulvd0asCY

Post navigation

2 thoughts on “Tips Pengantin : Kalau Tak Mampu Tak Perlulah Yang Mahal-Mahal. Ini Tips Jimat Majlis Kahwin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *