Tips Pengantin : Awas Bertunang Lama-Lama, Banyak Syaitan Menganggu

Spread the love

Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya : ” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.” ( Surah al-Baqarah 2 : 235 )

 

1. Jangan terburu-buru

Tidak perlu membincangkan idea tentang nama anak bersama pasangan di masa depan.


Jangan terburu-buru membincangkan hal yang sebenarnya baru boleh dibicarakan selepas berkahwin.

 


2. Menahan diri

Walaupun sudah bertunang, sebaiknya anda tetap menahan diri untuk melakukan penzinaan.


Tetap simpan semuanya setelah masa perkahwinan untuk detik-detik yang paling istimewa.

 

3. Rakan-rakan

Walaupun sudah bertunang, bukan bermakna anda sudah tidak ada masa untuk rakan-rakan.


Hubungi rakan untuk berkongsi berita gembira dan habiskan masa seharian bersama mereka.

 


4. Berpisah sementara

Kadang-kadang, ada perasaan bosan di antara pasangan. Anda boleh cuba untuk berpisah sementara demi memupuk rasa rindu dan mengelakkan pergaduhan.

 

5. Mengenal keluarga

Hal ini sangat penting untuk dilakukan apabila memasuki fasa bertunang. Bagaimanapun, perkahwinan bukan semata hubungan kamu dengan pasangan sahaja, malahan akan melibatkan dua keluarga yang besar. Semakin baik hubungan dengan kedua-dua keluarga, semakin rapat hubungan silaturrahim.

 


6. Pergaduhan

Setiap hubungan pasti mempunyai masalah. Tetapi, sehebat apapun masalahnya, wajib selesainya dengan cara yang baik. Jangan dibiarkan berlarutan, mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama. Malahan, ia boleh menyebabkan putus pertunangan jika dibiarkan berlarutan.

 

 

7. Masalah kewangan

Sebelum berkahwin, masalah kewangan juga perlu dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya anda harus yakin urusan kewangan stabil untuk pengurusan apabila berumah tangga nanti.

 


8. Menerima keburukan

Bagaimana dengan keburukan pasangan? Anda jangan putuskan perhubungan, kenalinya terlebih dahulu dan terima kekurangannya.


SUMBER : https://www.almukhlisin.my

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/awas-bertunang-lama-lama-banyak-syaitan-menganggu/?fbclid=IwAR1s4ud8ZvKuc_jbcPJGf0ZT0uWTIIm2nHYRPfm08tuEjvH_rwRovk-Rcz4

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *