Tips Pengantin : Mudah Isteri Kaut Pahala Kalau Amalkan Perkara-Perkara Ini Dalam Rumah Tangga

Spread the love

Perempuan perlukan kasih sayang, manakala lelaki pula perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram.


Sebaliknya apabila lelaki rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci.


Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi apabila isteri lupa untuk menunjukkan rasa hormat kepada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa?


Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional tetapi sebagai pasangan hidup, isteri tetap perlu peka terhadap perasaan suami. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk. Cara yang isteri boleh lakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada suami ialah:

 


1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin.

Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.


2. Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.


3. Jangan sindir suami tentang isu-isu sensitif. Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun suami tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.

 

4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.


5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuktunaikan permintaan anda.


6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.

 

7. TERIMA BAHAWA KADANG-KADANG DIA JUGA PERLUKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI ATAU HILANGKAN STRES DENGAN KAWANKAWAN. JANGAN HALANG, CUMA PASTIKAN SENYUMAN ANDA SENTIASA MENANTI BILA DIA PULANG.

 

8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/mudah-isteri-kaut-pahala-kalau-amalkan-perkara-perkara-ini-dalam-rumah-tangga/?fbclid=IwAR1OI8BB7fOt93ev6avPsX9INu7Qy9CSxNF0BdJMpkNAmvLiYhPD1g1cFTk

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *