Tips Pengantin : Untukmu Yang Disakiti, Percayalah Bahawa Sakitmu Kini Akan Jadi Bahagiamu Nanti

Spread the love

Untukmu yang saat ini disakiti kerana cintamu tidak mendapat jalan bahagia di penghujungnya, bersabarlah! sungguh takdir menyakitkan ini akhirnya akan membawamu pada kebahagiaan suatu hari nanti.


Percayalah, sakit yang kamu rasakan hanyalah sebuah penghantar bahagiamu, cepat atau lambat Allah pasti akan menghadapkanmu pada kebaikan-Nya.


Tidak ada satu pun kisah yang Allah tetapkan tidak berakhir dengan keindahan, kamu harus percaya dan yakin bahawa bahagiamu sebenarnya telah menanti.

 

PERCAYALAH ALLAH AKAN MENGUBAH TANGISMU MENJADI TAWAMU

 

Jangan pernah kamu meragu pada keputusan Allah, percayalah kepada-Nya bahawa tangis yang menderamu pasti akan merubah menjadi sebuah tawa.

Bila? tunggu saja semua itu dengan penuh yakin, kerana sudah menjadi janji-Nya bahawa setelah kesedihan akan hadir kebahagiaan.

 

PERCAYALAH SESAK DI DADAMU AKAN MENJADI RASA SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA

 

Bahkan nanti kamu akan menyesal kerana telah mengeluh atas takdir-Nya, jika ternyata yang Allah tuliskan kepadamu adalah dia yang jauh lebih baik dari yang kamu harapkan sekarang.

 

PERCAYALAH LUKAMU AKAN MENJADI SUMBER BAHAGIAMU NANTI PERCAYALAH SETELAH KESEDIHANMU PASTI ALLAH BERIKAN KEBAHAGIAAN YANG LUAR BIASA

 

Percayalah, tidak ada kisah yang Allah persembahkan tanpa tujuanyang pasti, meski ia sangat menyakitkan sudah pasti akan ada hikmah bersamanya nanti.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/untukmu-yang-disakiti-percayalah-bahawa-sakitmu-kini-akan-jadi-bahagiamu-nanti/?fbclid=IwAR0ed7Dsd7skxitYnsdR12KG4vHLxVeNEiOvnDA7zkbU_T7zcNqHsmahHVY

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *