Tips Pengantin : 14 Kajian Ditemui, Suami Isteri Yang Bahagia Itu Dapat Menjadikan Seseorang Lebih Sihat

Spread the love

Pasangan suami isteri perlulah menjadikan perkahwinan sebagai cara untuk mereka menghebatkan lagi percintaan. Benarlah kata orang, menjalinkan cinta membuatkan seseorang menjadi lebih bersemangat dan kuat.

Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan 14 kajian yang menemukan bahawa cinta suami isteri yang bahagia itu dapat menjadikan seseorang lebih sihat. Jadi ayuh! Semarakkan cinta anda agar anda dan pasangan terus sihat.

 

1. Pasangan yang berselisih faham atau mengalami pertengkaran mulut yang sinis perlu belajar untuk memulihkan kembali interaksi dengan menggantikan komen-komen yang lebih membina.

2. Kajian yang dilakukan oleh National Longitudinal Mortality yang dijalankan ke atas lebih sejuta orang sejak tahun 1979 menunjukkan bahawa orang yang berkahwin akan hidup lebih lama, kurang diserang penyakit jantung, mengalami risiko kanser yang rendah dan kurang diserang pneumonia berbanding orang yang masih bujang.

 

3. KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG PROFESOR PSIKOLOGI DI WILKES UNIVERSITY, CARL J.CHARTNESKI, PHD DAN PENULIS BERSAMA BUKU “FEELING GOOD IS GOOD FOR YOU” MENYATAKAN BAHAWA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM SECARA MINGGUAN MUNGKIN MEMBANTU TETAPI MELAKUKANNYA DENGAN LEBIH KERAP BUKANLAH SESUATU YANG MENYIHATKAN.

 

4. Walaupun hubungan intim baik tetapi para pengkaji menyatakan bahawa hubungan intim hanyalah salah satu aspek dalam perhubungan. Keajaiban sebenar dalam sesuatu hubungan merupakan ikatan mesra yang erat.

5. Para doktor dari University of North Carolina membuktikan bahawa pelukan yang diberikan oleh pasangan mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar oksitosin (oxytocin), hormon yang memberikan kelegaan terutamanya semasa bersalin, menyusukan anak dan mencapai orgasme.

 

6. Ramai pakar berpendapat, sentuhan mesra yang dilakukan setiap hari bukan sahaja membantu merapatkan hubungan tetapi juga menyihatkan minda serta fizikal anda.

 

7. PARA PENGKAJI YANG MELAKUKAN KAJIAN KE ATAS PASANGAN YANG DIARAHKAN UNTUK DUDUK BERSENTUHAN KULIT SAMBIL BERBUAL SELAMA 10 MINIT MENDAPATI ADANYA PERUBAHAN POSITIF DALAM TEKANAN DARAH DAN OKSITOSIN MEREKA. NAMUN, DENGAN KUASA PELUKAN MESRA YANG KERAP DILAKUKAN TERNYATA LEBIH HEBAT

 

8. Hubungan intim yang hebat, melakukan percutian romantik dan komunikasi yang baik antara pasangan, ditambah dengan diet rendah kolesterol serta waktu rehat yang lebih lama mampu mengubah kesihatan anda kini dan selamanya.

 

9. Hormon oksitosin membantu wanita menjadi lebih mesra dengan persekitarannya. Namun, kebaikan paling besarnya lebih bersifat fizikal. Menyusukan bayi pastinya mempunyai kaitan dengan berkurangnya kadar kanser payudara dan melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Dalam erti kata lain, oksitosin berkaitan dengan kesihatan emosi, begitu juga dengan
hubungan fizikal bersama pasangan.

 

10. PAKAR PSIKIATRI DARI UNIVERSITY OF TORONTO BERNAMA BRIAN BAKER MENYIFATKAN RASA ‘BERSATU’ YANG DIALAMI PASANGAN SEMASA SENANG DAN SUSAH MERUPAKAN SATU SIFAT YANG DIKENALI SEBAGAI ‘PENYATUAN MUTLAK’.

 

11. Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburg mendapati bahawa wanita yang
mempunyai hubungan perkahwinan yang baik boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai hubungan berantakan.

12. Kajian dari University of Sheffield di England yang menemu bual 28 peserta yang telah berkahwin sekurang-kurangnya 20 tahun mendapati hubungan intim yang konsisten memainkan peranan dalam sesebuah perkahwinan. Pakar psikiatri bernama Sharron Hinchliff, PhD, yang menjalankan kajian tersebut mendapati majoriti daripada peserta tersebut merasakan bahawa hubungan intim membantu mereka dalam meluahkan rasa cinta, komitmen dan kepercayaan.

13. Konflik dalam hubungan cinta adalah normal dan menyihatkan kerana ia merangsang sesuatu hubungan. Namun, ada perbezaan antara konflik yang sihat dengan konflik yang menurunkan imuniti anda. Pasangan yang tidak bahagia akan menghadapi konflik dengan bergaduh besar sehingga menyebabkan degupan jantung laju dan menghalang pasangan tersebut mencapai persetujuan dan penyelesaian.

 

14. SESEBUAH HUBUNGAN CINTA TIDAK AKAN LENGKAP TANPA PERSELISIHAN FAHAM. RAMAI WANITA BERANGGAPAN YANG MEREKA BOLEH MENGUBAH TABIAT LELAKI, NAMUN ITU TIDAK BERMAKNA SESEBUAH HUBUNGAN CINTA JUGA HARUS BERUBAH.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kena-selalu-semarakkan-cinta-14-kajian-ini-bukti-cinta-suami-isteri-itu-menyihatkan/?fbclid=IwAR27knIXF8H-y6DsKQgZGngagvUyoQcSUPTENUsuqaG_mC3ST_KYIX0Lack

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *