Tips Pengantin : Ini Cara Lelaki Nak Tawan Hati Wanita Lebih Berusia

Spread the love

Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita.

Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia.

Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia faktor anda tidak bahagia apabila tidak ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan diri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.

 

1. Intai Sifat Matangnya

Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. Itu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gilagila’. Anda masih boleh jadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.

2. Kenali Rakan Isteri

Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda. Dekati rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila isteri meluangkan masa bersama rakan.

3. Cuba Saingi Pengalaman Isteri

Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tanggungjawab anda. Apa salahnya untuk menyaingi pengalaman yang ada pada isteri.

 

4. Bergaul Dengan Orang Lebih Berusia

Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul.

5. Jaga Sensitiviti

Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lagi-lagi mereka yang lebih berusia.

6. Bertolak Ansur

Bertolak ansur hubungan rumah tangga lebih aman. Jika anda berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir hayat.

7. Banyak Bersabar

Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda jadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin masa mula-mula je isteri akan suka, lama-kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ada jati diri dan pegangan hidup.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/ini-cara-lelaki-nak-tawan-hati-wanita-lebih-berusia/?fbclid=IwAR1bfP93vBFfPpyQuwa0n2DxCPOwx6cGsW2lp731PPP5CIXvGp3R-rZ–Yg

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *