Tips Pengantin : Nak Bentuk Isteri Paling Bahagia, Lelaki Perlu Ingat Satu Senjata Ini!

Spread the love

Isteri solehah merupakan penyejuk jiwa dan harta dunia akhirat buat seorang suami. Siapa tak mahu memiliki isteri yang mendengar kata, baik budi bahasa, santun akhlaknya. Tapi untuk membentuk seorang wanita menjadi isteri solehah ini, ada satu senjata yang suami perlu amalkan iaitu doa seorang suami

 

DOA SEORANG SUAMI

 

Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk,asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
.

 

Percayalah doa seorang suami itu mustajab.


Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.


Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
.
.
Kredit : Aisyah Huraiyah

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/nak-bentuk-isteri-paling-bahagia-lelaki-perlu-ingat-satu-senjata-iaitu-doa-seorang-suami-2/?fbclid=IwAR0QHLXabc2o9HLRZ6IgOw9wg4mVzWX4SP2CnhBpvnZ_cUm3TUvU0-UaZrQ

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *