Tips Pengantin : Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Anda Dengan Serangkai Doa Ini, Semoga Di Permudahkan

Spread the love

Seperti yang kita semua tahu, Nabi Yusuf dilahirkan dengan rupa paras yang begitu
menawan dan tampan sehingga membuatkan sesiapa tidak berkelip mata memandangnya.


Oleh itu, jika anda seorang suami atau isteri bergaduh adalah perlu untuk menyelsaikan masalah anda secara baik dan tenang. Jangan berbincang dalam keadaan yang sedang marah.


Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-

 

“IDZ QOLA YUSUFU LI ABIHI YA ABATI INNI ROAITU AHADAASYARO KAUKABAW WASY SYAMSA WAL QOMARO ROAITUHUM LI SAJIDIN“.

 

Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

 

Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.


Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.

 


Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4


Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat
mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.


Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.


Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”…ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.


Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.


Selain surah yusuf auat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat 19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.


Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu” (yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff” (yang maha lembut) dan “Ya Rahman” (yang maha pengasih).
Sumber : Wanista

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/lembutkan-hati-suami-dan-isteri-anda-dengan-serangkai-doa-ini-semoga-di-permudahkan/?fbclid=IwAR3B8Dq92bjxbu6vTVd7zW3l6kAQRd0BOFCTQ9TFtNtDjvWZNUgfxJOcPFM

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *