Tips Pengantin : Banyak Pengorbanan Isteri Lakukan Untuk Suami, Tapi Kenapa Suami Masih Tak Nampak

Spread the love

Pengorbanan seorang isteri terhadap keluarga memang tak ternilai dengan wang ringgit.

Bukan hanya melahirkan dan membesarkan anak, tapi tugas isteri lebih daripada itu.

Semuanya dilakukan demi keluarga tercinta. Jadi, para suami, hargailah isteri dan ibu
anda kerana mereka ini adalah wanita terhebat yang dilahirkan dan melahirkan anda agar menjadi insan berjaya.

Tapi, mengapa setiap pengorbanan isteri suami tidak nampak dan susah untuk mengucapkan terima kasih? Dalam rumah tangga, bertolak ansur itu sangat perlu. Jangan hanya melihat besarnya tanggungjawab pada diri yang ada. Malah, lihat juga pada isteri.

 

1. Keperitan mengharungi alam kehamilan

Masa mengandung sebenarnya adalah tempoh yang mencabar bagi wanita, tidak kiralah kandungan yang ke berapa pun untuknya. Setiap kehamilan itu berbeza dan ia boleh mengundang pelbagai jenis masalah kesihatan kepada isteri yang terpaksa ditanggung selama lebih 40 minggu. Awal kehamilan, rasa tak selera, loya, mual, muntah-muntah, diikuti dengan sakit belakang, sukar tidur, dan bengkak kaki. Semua ini bukan saja menjejaskan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga boleh menjejaskan emosi.

 


2. Sakit semasa bersalin

Kesakitan bersalin adalah kesakitan yang begitu sukar digambarkan sampai ada yang sampai fobia dan takut untuk hamil lagi. Malah dalam sesetengah kes, mereka tergolong dalam kategori berisiko dan perlu menjarakkan kehamilan seterusnya. Tapi, ada suami yang buat endah tak endah dan tidak mengambil berat hal merancang kehamilan. Sudahnya, si isteri juga yang perlu menanggung kesakitan seorang diri.

 


3. Perlu sentiasa menyusukan anak

“ Selak baju, bagi bayi hisap”

Mungkin begitulah tanggapan para suami yang tidak berfikir panjang. Sanggupkah mereka menyusukan bayi 2 jam sekali, menahan diri daripada makanan kesukaan, dan mengepam secara rutin setiap hari? Itupun belum masuk melakukan segala persediaan untuk menyimpan stok susu perahan. Kalau tak disiplin, susu badan boleh drop dan bengkak susu boleh terjadi.

Ibu menyusu juga sebenarnya tak pernah dapat tidur yang cukup setiap malam. Awalnya memang rasa susah sangat. Tapi bila dah lama-lama, rasa terbiasa. Sebagai suami, pernahkah anda menemani isteri yang bangun tengah malam seorang diri dan awal pagi?

 


4. Memastikan semua kerja rumah siap

Daripada hal mengurus bayi hinggalah urusan makan minum suami, semua kerja ini tak pernah berhenti.

Tidak kiralah sama ada isteri seorang surirumah atau bekerja, mereka hanya mahu memberi layanan yang terbaik dan memastikan semua urusan dapat berjalan lancar. Semua ini dilakukan tanpa mengira masa dan ramai suami tidak menyedarinya. Bila rumah kemas, tak ada siapa berterima kasih padanya. Tapi, bila ada yang tak kena, mulalah kedengaran suarasuara.

 


5. Sanggup korbankan ‘Me time’

Susahnya nak dapat ‘me time’ walaupun 10 minit sehari. Isteri dah tak kenal apa itu hobi dan kenalan lama tak lagi dihubungi.

Semua masa dan tenaga kalau boleh mahu dicurahkan buat anak dan suami. Sekali-sekala, berilah peluang isteri pergi ke kedai atau shopping barang rumah sendiri. Itupun dah rasa macam dapat pergi bercuti!

 


6. Sentiasa mendahulukan suami

Bila anak sakit, isterilah yang selalu minta cuti dan jaga anak di rumah. Bila suami terpaksa berpindah ke tempat yang jauh, isterilah juga yang biasanya akan mengalah
dan mengorbankan cita-cita demi mengikut suami.

Ramai isteri sanggup tinggalkan semuanya demi melihat suami mereka berjaya. Malah, ada yang sanggup menerima kecaman dan kritikan apabila menjadi surirumah sepenuh masa.


Sumber : Sirap limau

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/banyak-pengorbanan-isteri-lakukan-untuk-suami-tapi-kenapa-suami-masih-tak-nampak/?fbclid=IwAR2ZcjBPYStpbrufbQLV9hJTf0SPdI4ZMJCk7-fNfF0sazwHGZXMvxu6Chs

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *