Tips Pengantin : Isteri Mengandung Sangat Sensitif, Suami Silalah Jangan Selalu Tinggalkan Isteri Sendiri

Spread the love

Suami tidak sepatutnya mengabaikan isteri dan leka dengan program di luar bersama rakanrakan. Apabila isteri mengadu, dengarlah apa yang mereka katakan. Bukannya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila isteri rasa terabai, luah pada ibu bapa. Namun mereka tak terdaya nak membantu selain meminta untuk bersabar. Menyebabkan isteri pula meluahkan masalah itu kepada rakan yang lama kelamaan bosan mendengarnya.


Sungguh menjadi isteri ini bukan mudah jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya. Jika berterusan, tidak hairanlah isteri meluahkan rasa kesalnya mengenai rumah tangga di media sosial. Bila dicerita, ramai pula keyboard warrior yang mengecam. Sekali sekala, fahamilah perasaan isteri dan wanita. Semoga perkongsian dari Ummi HaniAqil ini memberi manfaat kepada semua.

 

MENGANDUNG dua bulan, tengah muntah teruk, nak bangun pun tak larat. Dengan anak pertama masih kecil dan memerlukan perhatian. Si ibu nak bangun ke bilik air pun tak mampu.


Merangkak bila nak kencing atau berak. Sebab bangun saja boleh tumbang, rasa nak pitam.


Rumah berselerak hanya Tuhan saja yang tahu. Sudahlah nak menguruskan seorang diri pun tidak mampu, apatah lagi nak menguruskan rumah. Anak sulung terabai, makan minum entah mana-mana hala.


Suaminya ke mana? Suami ke luar negeri selama lima hari. Ada urusan apa? Program dengan persatuan.


‘Aikkk?? Penting sangat ke sampai tak boleh cancel, sampai tinggalklan isteri tengah sakit macam tu?’


Jawapan suami, “Bukan selalu ada program macam ini. Ini ada peluang nak berkumpul ramairamai.”


Isteri? Kau agak apa yang dia boleh buat? Mengadu pada keluarga, keluarga ini sama ada suruh cerai atau pergi belasah si suami. Selesai tak masalah?


Mengadu di pejabat agama. Kalau kau tak pernah lalui pengalaman mengadu dan mendapatkan kaunseling kat pejabat agama, lebih baik senyap dari bercerita. Sebab yang atas paper, tak pernah sama dengan alam nyata.


Mengadu pada kawan. Kawan pun dua tiga kali. Okaylah nak dengar luahan. Lama-lama dia pun tak tahan.


Maka mulalah isteri ini stress. Stres yang teramat, sampai tak terluah. Maka mengadulah dia pada Allah. Dia mohon sungguh-sungguh mahukan kekuatan. Insaf akan kesalahan dan kelemahan diri. Kembali pada yang haq.


Tapi suami tak berubah, masih terus dengan sikapnya yang lalai untuk menjaga emosi isteri.


Dia menganggap isterinya perlu menerima semua, taat semua. Diasuh dan dididik minda isterinya tentang dosa derhaka pada suami. Diulang-ulang ayat yang sama setiap hari.


Sampaikan isteri pun jadi macam apa yang dia nak, taat kerana takut nanti kena campak dalam neraka.


Isteri terus memendam rasa. Dari sehari ke sehari, semua yang terbuku tak lagi mampu ditanggung. Beban makin menggunung. Sampai satu saat, kewarasan makin menurun dan mulalah isteri melakar kata-kata di muka buku. Saat jiwa makin sarat dengan pelbagai tekanan yang tak terluah, kata-kata yang keluar pun mulalah nampak kepincangannya. Dan masyarakat pun seronok nak serbu, menilai dan menghakimi – berdosa aibkan suami.


Selepas itu bila dah makin tak mampu bertahan sebab suami nampak mulia dalam mata masyarakat, isteri tekad menuntut cerai. Dengan kesedaran penuh bahawa tak guna cerita apa-apa sebab orang tak akan percaya. Cukup hanya aku yang tahu cerita. Allah saksi aku.

 

Tapi bila dah tuntut cerai, pun masih ditekan. Masih dipersalahkan. Semua dibebankan atas bahu isteri, sedangkan tak ada yang nampak pun kepincangan si suami sebab semuanya cerita dalam rumahtangga.


Bila isteri bercerita, dituduh buka aib. Bila isteri minta cerai, dituduh isteri akhir zaman dan bakal ahli neraka. Bila isteri mengandung, dikata isteri hanya reka cerita sebab kalau suami itu jahat, takkanlah bunting tiap-tiap tahun. Tapi kalau isteri menolak ajakan suami untuk bersenggama, isteri juga berdosa. Inilah yang dinamakan PENDERAAN MENTAL.


Allahu Allah. Sedihnya dengan nasib wanita hari ini sedangkan Rasulullah berjuang mengangkat martabat wanita dari zaman jahiliah dulu. Baginda mengajar umat bagaimana memuliakan wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu.


Tapi di akhir zaman ini, sebenarnya makin ramai orang yang menjadi pejuang agama gagal memahami apa yang Baginda ajarkan. Aku akan kekal menentang penganiyaan terhadap wanita ini. Sebab sakit itu, hanya yang dah melaluinya sahaja yang tahu.


Aku,
Mental Disorder Survivor
#LawanUntukHidup
Sumber: Ummi HaniAqil

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/isteri-mengandung-sangat-sensitif-suami-silalah-jangan-selalu-tinggalkan-isteri-sendiri/?fbclid=IwAR0beWa7DhJouJz-UBSjj2oM_Sd9TxNXqQv0n0KnpqNBcvH-4Bo_-2FwE6M

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *