Tips Pengantin : Jangan Harap Dapat Layanan Seperti Raja Jika Tak Pernah Layan Dia Macam Permaisuri

Spread the love

Kalau betul nak rasa bahagia, lelaki kena layan isteri macam ratu. Jadi pendengar yang baik, tolong uruskan rumah tangga, selesaikan masalah anak-anak dan mungkin sesekali boleh masak.


Perasan tak kita selalu nak semua nampak sempurna, nak rumah kemas, nampak cantik, nak anak-anak berkelakuan baik dan isteri yang pandai ambil hati kita. Kalau dulu kita lihat suamilah raja! Isteri kena ikut perintah. Malah ada yang diperlakukan seperti hamba. Tapi kini, masyarakat kita semakin berilmu. Banyak tolak ansur antara pasangan.


Tak bererti jika suami lakukan kerja rumah, suami takut pada bini tapi sayang pada akhirat.


Mana tidaknya, dengan ibadat dan susah kita melayan kerenah isteri akan memudahkan kita ke syurga. Kata Imam Al-Ghazali, suami yang sabar kerana kesusahan isteri dan kesakitan yang disakiti oleh isterinya itu adalah setengah daripada faedah berkahwin.


Layanan seorang suami tu sangatlah penting buat seorang wanita yang bergelar isteri.


Sebagai ketua keluarga, suami kena lah tunjuk contoh yang baik lagi-lagi dihadapan anakanak. Takkan nak tunjukkan contoh yang buruk macam, semua kerja rumah isteri sahaja lakukan. Suami yang tahu balik kerja penat tidur. Zaman dah berubah sekarang. Isteri pun dah bekerjaya. Malah, ada yang lebih sukses daripada suami.


Jika kita sabar atas perbuatan isteri, isteri sakiti hati kita, isteri tak hormat kita, kita akan dapat 2 kelebihan iaitu menjadi manusia yang suci hatinya dan sabar ini juga akan melatih kita melawan hawa nafsu.
Sumber : Mohd Fhais

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/jangan-harapkan-layanan-seperti-raja-jika-tak-pernah-layan-isteri-macam-permaisuri-2/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *