Tips Pengantin : Bergurau Suami Isteri, Kena Ada Adab, Jangan Sampai Memalukan

Spread the love

23/04/2018Blog, Building character, Character & Personality, Love & relationshipgrafologi malaysia, Handwriting Analysis Academy Malaysia, rahsia tulisan tangan Bergurau senda antara suami isteri tidak termasuk perbuatan yang sia-sia, bahkan ia dinilai sebagai ibadah kepada Allah S.W.T. Bergurau senda gurau juga dapat meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang diantara keduanya.

Dari ‘Atha’ ibnu Rabbah r.a; “Aku melihat Jabir ibnu Abdullah dan Jabir ibnu ‘Umair Al-Anshari sedang bergurau dengan berlempar-lemparan. Kemudian salah seorang dari mereka berkata kepada temannya, “Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda; “Setiap orang yang melakukan sesuatu yang tidak ada zikir kepada Allah di dalamnya dinilai sebagai orang yang bermain-main dan melakukan kesia-siaan, Kecuali empat orang, iaitu suami-isteri yang bersenda-gurau, seseorang yang menjaga kudanya (atau kenderaan yang digunakan untuk berjihad atau berbuat kebajikan), seseorang yang berjalan di antara dua tujuan, dan seseorang yang mengajar berenang (olahraga untuk kesihatan tubuh).” [HR An-Nasa-ie]

Walaubagaimanapun, dalam bergurau ada juga adab-adabnya. Ketahui enam adab bergurau senda dengan pasangan.

 

ADAB-ADAB BERGURAU SENDA ANTARA SUAMI ISTERI

 

 

#1-Bergurau supaya Bertambah Kasih & Sayang

Bergurau tentang sesuatu yang boleh membuatkan kita tergelak dan rasa kasih pada
pasangan. Umpamanya memuji dan membelai pasangan dengan cara yang menghiburkan.

 

#2-Bergurau mengikut Kesesuaian Masa & Tempat

Bergurau, biar sesuai dengan masa dan tempat. Jangan bergurau ketika pasangan dalam keadaaan yang amat sedih seperti kehilangan ahli keluarga atau ditimpa malapetaka.

 

#3-Tidak Bergurau dengan Perkara Sensitif

Berguraulah dengan perkara yang benar dan menghiburkan. Jangan bergurau dengan perkara yang sensitif. Umpamanya mengungkit kisah lampau pasangan dan mengejek mengenai fizikal pasangan.

 

#4-Tidak Bergurau sehingga Memudaratkan Pasangan

Walaupun sudah berkahwin dan menjadi pasangan, bergurau perlu ada batasnya. Jangan bergurau sehingga boleh membawa sesuatu yang memudaratkan pasangan.

 

#5-Tahu Bezakan Antara Perkara yang Penting & Perkara yang Boleh dibawa Bergurau 

Bergurau senda biarlah berpada-pada. Bukan semua perkara boleh dijadikan gurauan dan dalam perkahwinan perlu ada saat serius membincangkan sesuatu. Jangan anggap semua perkara adalah gurauan. Perlu membezakan gurauan dan perkara serius dalam kehidupan.

 

#6-Tidak Ada Unsur yang Menakutkan & Buat Pasangan Panik

Dalam bergurau, jangan ada unsur-unsur yang boleh menakut -nakutkan dan membuat pasangan rasa cemas dan panik. Ini kerana rasa takut dan cemas akan membuat pasangan tidak suka apabila bergurau. Mereka mungkin menganggap bergurau sedemikian akan mengancam diri dan tidak dapat membezakan kebenaran dan gurauan.

 


(Isi penting mengenai 6 Adab Bergurau Senda Bersama Pasangan diambil dari artikel: Gurau Senda Suami Isteri Buat Hubungan Tambah ‘Sweet’ dan Intim. Artikel penuh disini.)


Dalam bergurau senda jangan dilupa adab dan batasannya. Ini kerana bergurau tanpa adab, dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan, pasangan kecil hati, mengakibatkan salah paham dan cenderung mendapat kecederaan jika bergurau secara berlebihan.


Cara Rasulullah S.A.W. bergurau senda adalah wajar untuk kita contohi. Rasulullah S.A.W. tidak bergurau dengan menipu tetapi hanya perkara yang benar, tidak mengumpat atau menjatuhkan aib orang lain, tidak berpanjangan dan meleret-leret, apalagi hingga mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tidak banyak ketawa kerana bergurau tidak semestinya perlu ketawa (sekadar senyum pun cukup).
Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/bergurau-suami-isteri-kena-ada-adab-jangan-sampai-memalukan/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *