Tips Pengantin : Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Menjadi Tumpuan Sepanjang Tahun 2019

Spread the love

Artis dan Selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2019. Saban tahun, bukan kita-kita ini saja yang berlumba-lumba mahu membina masjid, para selebriti pun tidak melepaskan peluang membina mahligai impian.


Sememangnya menjadi perhatian dan tumpuan netizen memperkatakan apa yang dipakai, tema apa yang bakal diangkat pasangan di majlis resepsi yang mana mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi perkahwinan akan datang.


Jadi jom kita selongkar perkahwinan artis dan selebriti sepanjang tahun 2019

 

 


1. Elfira Loy & Faris Khairol Anuar
Pelakon Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, pada hari ini (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.

 


2. Ameer Forteen & Siti Nur Naja’a Shamsul Karam
“KAMI berkenalan di Instagram dan siapa sangka, hari ini, dia menjadi isteri saya yang sah,”.

Itulah kata penyanyi, Ameer Forteen yang petang tadi sah diijabkabulkan dengan

pasangannya, Siti Nur Naja’a Shamsul Karam, 24, dengan sekali lafaz.

Ameer, 29, atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar berkata, majlis ijab kabul itu hanya dihadiri rakan terdekat dan keluarga kedua-dua belah pihak.

 


3. Fasha Sandha & Aidil Aziz
Dengan sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz. Pasangan tersebut selamat disatukan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 Pagi 

 

 

4. Bella Dally & Arif Izuddin Mohd Rafzali
Bella Dally selamat bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz, yang diadakan di Marina Putrajaya, jam 9.55 pagi tadi.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally dinikahkan jurunikah Wan Mohd Adlan Wan Salleh, Pendaftar Pernikahan, Ceraian dan Rujuk, Wilayah Persekutuan.

Pada majlis itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada  pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

 


5. Nelydia Senrose & Mohd Hafez Halimi
Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada jam 3.28 petang. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran dan dibalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

 


6. Ally Iskandar &Marlina Ibrahim
Pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi melangsungkan pernikahan dengan wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim, semalam selepas hampir tiga tahun menduda. Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sah menjadi suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang itu dengan sekali lafaz.

Pada majlis itu, Ally, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

 


7. Yaya Zahir & Arriz Azim
Pelakon dan pengacara HLive, Yaya Zahir telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Arriz Azim dengan sekali lafaz pada 9 Ogos 2019

 


8. Adriana Adnan & Harez Hazim
Pada 30 Ogos lalu, kira-kira jam 9.45 malam, pelakon dan pengacara, Adriana Adnan, 23, sah bergelar isteri kepada Harez Hazim Hazrin. Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Dr. Adnan Derahman di Masjid Al-Ubudiah, Segambut, Kuala Lumpur. Pada majlis berkenaan, Adriana menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran sebanyak RM10,000 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

 


9. Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana

Selepas berkenalan selama 8 tahun, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.30 petang di kediaman Ardell di Seri Kembangan.

 

 

10. Zamani & Nur Juliana
Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48 selamat bergelar suami kepada Nur Juliani Abdul Rani, 36 dalam satu majlis tertutp di Kuala Lumpur.

 


11. Sufi Rashid & Nurulain Md Yusof
Penyanyi, Sufi Rashid, 28, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof, dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya, hari ini.

Pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hasli Othman.

Menurut kenyataan dikirimkan kepada BH Online, juara Akademi Fantasia 2015 itu sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz.

 


12. Eyra Hazali & Muhammad Haziq Nadzli
Dengan sekali lafaz, pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, kita-kira jam 9.35 malam, Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.

 


13. Sarah Hildebran & Otto Gillen
Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand, 29, selamat mendirikan rumahtangga bersama rakan lamanya pagi tadi.

Sarah sah menjadi isteri pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

Pelakon yang popular dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, Nazrief Nazri telah sah bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali Lafaz. Pasangan mempelai ini selamat diijab kabulkan di Seavoy House, Titiwangsa pada jam 6.10 petang.

 

 

14. Dato’ Seri Eizlan Yusuf & Natasha Rosa Boudville

 

 

15. Ain Edruce & Amirul Hafiz Mustaffa
13 Disember 2019

 

 

16. Farah Nabilah & Mohammed Amirul Yunus
20 disember 2019

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/perkahwinan-selebriti-malaysia-yang-menjadi-tumpuan-sepanjang-tahun-2019/?fbclid=IwAR2vhzlCEiY0hcg_G9ITL8lvq_aC9x4bh16zc2hem-D9KCpkTnpOGGTH75A

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *