Tips Pengantin : Tumpang Kereta Suami Orang Berduaan? BIG NO

Mungkin ada yang beranggapan bahawa tidak ada yang salah jika menumpang kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja jika bekerja di tempat yang sama. Namun yang menjadi masalahnya apabila suami orang menumpang kereta isteri orang atau isteri orang menumpang kereta suami orang. Ini memang masalah besar. Sebenarnya banyak masalah yang akan timbul bila dua orang yang berlainan jantina berduaan dalam satu kereta. Lebih buruk lagi apabila melibatkan lelaki dan wanita yang berstatus suami atau isteri orang.…

Tips Pengantin : Suami Yang Rajin Tolong Isteri Bukanlah Dayus, Ini 32 Cara Buat Keluarga Bertambah Bahagia

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA   1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.   2 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita…

Tips Pengantin : Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Jika Mahu Berkahwin

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet-sweet manis-manis (sampai diabetes katanya), everything goes smooth all the time and live happily ever after. Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan. Siapa yang tahu? Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan…

Tips Pengantin : Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Menjadi Tumpuan Sepanjang Tahun 2019

Artis dan Selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2019. Saban tahun, bukan kita-kita ini saja yang berlumba-lumba mahu membina masjid, para selebriti pun tidak melepaskan peluang membina mahligai impian. Sememangnya menjadi perhatian dan tumpuan netizen memperkatakan apa yang dipakai, tema apa yang bakal diangkat pasangan di majlis resepsi yang mana mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi perkahwinan akan datang. Jadi jom kita selongkar perkahwinan artis dan selebriti sepanjang tahun 2019     1. Elfira…

Tips Pengantin : Perempuan Lambat Kahwin Jadi Lebih Cerewet Dan Suka Marah-Marah

Kahwin Lewat Beri Impak Negatif Untuk Jadi Lebih Cerewet Mungkin ramai yang tertanya-tanya, berapakah umur yang boleh dikategorikan sebagai kahwin lewat? Adakah apabila kita sudah mencapai usia 30-an tetapi masih belum berkahwin, ianya boleh dikategori sebagai kahwin lewat. Mengikut apa yang diperkatakan oleh kebayakkan pakar kesihatan, usia 35 hingga 40 tahun itu boleh dikategorikan sebagai usia yang paling lewat bagi wanita untuk mendirikan rumah tangga. Malah, risiko untuk mereka menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi…

Posts navigation