Tips Pengantin : Nak Rumah Tangga Bahagia, ‘Lihatlah’ Solat Kita Dulu

Spread the love

Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat
mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan
agamanya.
Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina
agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan
mengenai solat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar
sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan
sembahyang.”
Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Di mana solat
seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.
Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri ketika azan dilaungkan terutama solat
magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?
Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari
kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.
SUAMI KENA BANTU ISTERI
Wahai para suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat awal waktu. Jangan hanya isteri
sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran
menjelang waktu magrib.
Janganlah bebani isteri kita dengan kerja rumah sehingga mereka mengabaikan solat-solat
fardhu.
Jagalah SOLAT الله akan jaga kita.
Sumber kredit: Muhammad Hassan

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/nak-rumah-tangga-bahagia-lihatlah-solat-kita-dulu/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *